Followers

Pages

Monday, December 24, 2012

7w1d

Biar gambar berbicara...


Nampak tak dot kecik kat tengah-tengah tu. Haa.. tu lah baby kite.. Kecik lagi, its almost  10mm=1cm. Cer ukur kt ruler hangpa 1 cm tu besaq mana. Tapi kecik-kecik camtu pun jantung dah terbentuk tau! Dug dap dug dap je si jantung kecik ni. Its so cute! Betapa hebatnya kuasa Allah :')


Tuesday, December 4, 2012

Tuesday, May 29, 2012

Cerita Bulan Mei

Assalammualaikum wbt..


Hokehh Nad sekarang memang sangat malas update blog. Orang lain ada blog, Nad pun sibuk nak ada jugak. tapi Nad tak rajin update macam blogger-blogger lain tu. Maklumla, nad hanya sekadar blogger picisan di tepi jalan. ewah! Boleh gitu.Sebelum tu, kita tengok dulu tinggal bape hari.hehe *hatiberdebar*

Daisypath Wedding tickers
Ada lagi 3 bulan 2 hari. Lambat lagi kot (saje nak sedapkan hati). So far persiapan yang telah dibuat sudah menjangkau ke 75%. Kot! (bape byk kot la kou nak letak hah). Antara to-do-list yang dah kami (selaku pengantin laki n pompuan) settlekan adalah seperti berikut :

  • Photographer (will update the vendor's name soon. already forgot the name coz mr Piyoncee yg settle'n bab ni.hihi)
  • Rawatan muka dan badan dengan Jinho Beauty (muka mau kasi licin dan badan mau kasi itu gebu maa) 
Untuk bakal mempelai, cuba klik kat pautan web ni, Setel Kahwin. Laman web ni sangat sesuai untuk dijadikan sebagai panduan dan rujukan terutamanya dari segi budget, to-do-list, waktu untuk bertindak, tempat rujukan dan sebagainya. Senang kata, from A to Z pasal persiapan perkahwinan semua ada lah. Kalau tak caye cer try klik sini. 

Friday, April 13, 2012

4 months, 2 weeks...Behind the Scene

Assalammualaikum wbt...

Selamat hari Jumaat. Yeayy! Rini dah Jumaat. Minggu ni rasa macam lama sangat. Maybe sebab ritu cuti di tengah-tengah minggu sempena pertabalan Sultan. Daulat Tuanku! Even cuti sehari pon, nad tetap pulang ke kampung halaman. Maklum la, da dekat kan:). Buat pengetahuan, nad sekarang dah x keje di kL. sekarang ni nad bekerja di Seremban, so thats why la ritu nad survey kad kwen kt Seromban tu. Nad pindah kerja ni pon atas sebab utama yang InsyaAllah nad akan menjadi pemastautin tetap di Port Dickson selepas sah bergelar Puan nanti. Sebabnya en tunang kan kerja kat pD, so dia pon da dapat rumah kat sana, tu yang kami decide untuk stay sana lepas wedding. Nanti korang picnic kat pD leh la dtg singgah umah kami...tp lepas bulan Sept nt la.hehe :D

Mase cuti ari Rabu ritu, settle beberapa to-do-list nad iaitu parents nad n parents en tunang berdiskusi. Tepat jam 12 tghri bakal mak n pak mentua tiba. Nad pun dengan ala ala segan silu sopan gitu melayan la deorang di tambah pula dengan hidangan air oren sejuk (sbb tghari dah kan, so better wat air sejuk) dan kuih beserta kek. Tengs soo much to Abah coz pagi-pagi abah dah keluar pegi cari kuih-muih bagai, sbb dah tau parents en tunang nak datang. So lbih kurang sejam jgk deorang berdiskusi, time tu nad kat dapur. Masak. Konon-kononnya nak tunjuk rajin le tu, padahal ritu nad masak simple jek! *usah ditanya nad msk ape yer.huhu. Lepas sembang-sembang tu, nad pun jemputlah mereka lunch bersama. Alhamdulillah, even masakannya simple tahap dewa, pok mentua i suke taww. hah! da dpt lagi 1 bintang.ewah. Sila sengihhh sekarang. Lepas makan mereka pun berangkat pulang. fuh! leganya rasa bila 1 dah settle. So confirmation mengenai beberapa perkara (hal-hal kenduri kendara, akad nikah sgala bagai) pon dah dapat, kite teruskan lagi ke langkah seterusnya.

Petangnya, Nad n mama pegi ke butik pengantin lain plak. Before ni memang nad dan en tunang dah book Butik Andaman Pengantin Remaja (BAPR) tp mama x bape nak berkenan lak dengan baju yg ada di situ. So untuk tidak menghampakan mama tersayang, haruslah ke butik pengantin lain plak, iaitu Eyzmiea Andaman. Person in charge butik ni adalah Kak Mie. Kak Mie sangatlah peramah n sangat membantu dari segi arrangement masa *estimate je dulu*, curahan idea dan open minded. Biaselah, nama pon wedding planner, haruslah begitu kan. So itu ini, nad pon booking terus dengan butik ini plak, dengan persetujuan en tunang. As the result, wedding planner di sebelah pengantin lelaki diprovide'n oleh BAPR dan pengantin perempuan oleh Eyzmiea Andaman. Xpela, kami memang suka m'support industri butik pengantin di area Bukit Gambir ni. Betul kan sayangg :-p

So even cuti sehari, dah dapat setlle'n beberapa to-do-list persiapan kami (more than one, can be consider as beberapa). Ok, nak lunch dulu. Bye :)

Salam.


Thursday, April 5, 2012

4 months, 3 weeks... Behind the Scene

Assalammualaikum..

Sebenarnya tak tahu nak start dari mana, and tak tahu nak tulis cerita yang mana satu. Since last entry last month, byk sgt peristiwa2 n kenangan manis yang meninggalkan kesan dalam diri nad. ewah. mcm penulis novel lak kan.wat daa~

Urmm.. dalam byk2 topik, nad sgt interested pada cerita persiapan perkahwinan. hehehe. Sori la girls tapi sekarang ni nad semacam excited wat persiapan perkahwinan yang bakal menjelang tak lama lagi. Utk pengetahuan, ada lagi 4 bulan sebelum menjelang hari itu. Minus sebulan sbb bulan puasa, so tinggal 3 bulan la. *suke-suke jer nak tolak bln puasa kan*. So far dari segi financial, Alhamdulillah Allah murahkan rezeki kami. Berkat tujuan kami yang ingin mendirikan masjid, InsyaAllah. Memang pada mulanya, bila di calculate'n budget segala expenses yang harus / PERLU disediakan adalah amat besar, tp sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah dan Dia yang menurunkan rezeki untuk hamba-hambanya. Oleh itu, kita sebagai hambanya haruslah tetap bersyukur dengan rezeki yang diberikan even sekecil zarah sekali pun. Motivasi hari ini yer :)

Setelah booking our wedding planner and tempah baju nikah ritu, kitorang pun dah start cari quotation price utk wedding card kami. So far, nad dah aim satu kedai ni kat Seremban. Nama kedai tu Fine Graphic. Nad dah survey2, tp tanpa incik tunang la. Tapi bila nad gitau expected price kt kedai tu, incik tunang pun mcm setuju je dgn nad. Tu baru nad cerita verbal jer, blom lagi dia tgk and lihat dgn mata kepala sendiri. *bajet strategi promo nad kpd incik tunang berjaya lah.hihi*. Kad kawen yang diproduce'n adalah sgt cantik dan b'kualiti (kertas keras), even guna 1 color nye punn.. Juga boleh didapati dengan harga serendah 30cen utk tempahan sebanyak 1000pcs. Utk pembelian kad yg harga 70cen utk tempahan 1000pcs, akan free bunting. Ok lah kan. Pada nad, kad kawen ni x gunakan belanja yg besar, kite boleh reduce'n harga utk topup pada perbelanjaan2  yg lain. Bukan kedekut, tapi shopping secara berhemat. ewah! Wateverpon kena discuss dengan person in charge kad kahwin tu :)

Lepas ni, tunggu parents kami lak wat discussion. Discussion is about 'orang-orang lama' tapi yang pasti mestilah ada kaitan dgn kenduri kami. Mael vs Wak Kamso. who the winner? hahaha. tipulah! mane ada vs-vs ni, nad saje je nak bikin cuakk kan. Just sit and let them decide what to do etc...etc...

Ok lah, to be continue

Bye! As salam.


Wednesday, April 4, 2012

cerita malas update blog

Fuh! sudah agak lama tidak mengupdate blog..sgt cedih bile tgk blog takde cerita2 yg baru lagi power. *bajet power la sgt kan* . xpe..xpe..doakan nad istiqamah dalam penulisan blog ini ye.hihi. Nawaitu arini memang nak post a very short entry. Keep waiting for next entry lak ea...*bajet mcm rmi sgt follower blog ini kan*. Okeh, bye :)

Thursday, March 1, 2012

Up and Down...Part of Life

Assalammualaikum wbt...

Hai.. Selamat semuanya..Boleh tak kalau nad nak meluahkan perasaan jap kt sini. Ikot sukalah, ni blog nad, sape yg tak nak baca sila lah layari page lain seperti fb, twitter, friendster n seangkatan dengannya k. peace!! (-_-)v

Lately ni nad rase amatlah awesome coz from my observation, nad dapati manusia keliling nad know more about me than nad sendiri. Bangga sekejap *tgn kebahu mata b'pinar keatas*  Padahal nad sendiri tak ckp pape ataupon keluarkan statement yang org lain dok sibuk pikir tu. Hrmmm, org lain sibuk ckp nad ni bla bla bla, tp the actual is nad ngeh ngeh ngeh. Cerita sebenar tak sama dengan rumours yang disampaikan. Okey! nama pon rumourskan. Sebabnya lately ni mcm2 nad dengar dr mulut org lain. wahh! org lain lebih tahu pasal diri nad berbanding nad sendiri. Maha hebat kan nad ni. huh :-/ So people, please dont hear from mane2 source yg tak sohih itu. If u wanna get the fact, pls ask from me directly. Please dont hear from 3rd party. Ok people:) Nasib ler nad x jadi artis, klu tidak mmg tak mampu ler den nak menangkis segala kontroversi *tgn kebahu mata b'pinar keatas. AGAIN*. Nad pasti akan rase sangat-sangat kecewa bila sumbody yg tnya nad about something but then nad sendiri xtahu pun benda yang ditanya, lastly nad akan tnya balik, "hey! hou u know ar?? in fact I sendiri pun tak taw lor.." *ala ala phua chu kang la kan*. So sad huh? Please gurls, nak jaga tepi kain orang boleh, but please make sure that thing is fact lah bukan auta. But to keep safely, better kita jaga hal sendiri jelah kan..hehehe.

Ok, lupakan hal yang berkaitan dengan penurunan perasaan, lets continue with best story plak. Btw, nad sangat-sangat lah hepi this week coz my future sis-in-law dah selamat melahirkan cahaya mata kembarnya pada 27 Feb 2012 (Monday). Alhamdulillah semuanya dah selamat, dua-dua hero. Twin ni anak kedua n ketiga pada Kak Siti n Abg Effin. Congrates to both of you and welcome to the colourful world my lovely nephew-in advance. Suka kakak Alia Cica dapat adik kembar. So, lets sejuk'n hati tgk pic ahli baru kami. ewahh~

1st twin...
2nd twin. Now, in good condition. Always observe by doc. 

Dengar-dengar tengahari ni ada orang nak belanja I lunch la..hehehe.

ok, bye!

Thursday, February 23, 2012

Makan Besar Bersama Pizza

Assalammualaikum wbt...

Hari ni nad xnak tulis panjang-panjang sbb dalam hati ada tasik. Apekah??
Nad upload dulu some pict yg diambil malam tadi di rumah sewa kesayangan bersama housemate2 yang hyperaktif.lol :-p. 

Source from...
Promo!! Promo!!
Effect...
Beef Pepperoni
Ocean Catch
Wakiki Chicken
6 Bowl Soup
Adakah cobaan nad untuk meletakkan anda dalam situasi kelaparan berjaya??muahahaha*gelak jahat
Nak tau cerita best di sebalik gmbar yang awesome ni, leh bace kt pemilik blog Kanvas Kehidupan a.k.a my lovely housemate.

Burrppp! Alhamdulillah....

Sendawa t'bau pizza plak.hehehe :-p
Bai.

Monday, February 20, 2012

6 months, 1 week... Behind the Scene

Assalammualaikum wbt..

Holla holla holla...


Baru je lepas layan page kad kawen kt mukabuku. Sangatlah rambang mata n xtau yg mana satu idaman qalbu. Haruslah b'bincang dgn incik tunang dulu before buat pilihan kan. Idea de pon kena diamek kira jgk, nt majuk lak de.huhu

Last weken nad kan balik kg kan..Alhamdulillah, kami (nad n incik tunang) dah tick beberapa to-do-list dlm checklist perkahwinan kami. ewah! excited kan kitorang. Majlis dijangka akan berlangsung 6 bulan dari sekarang tp kitorang dah kerah tenaga dari sekarang bagi merealisasikan impian kami tu. Maklum la, majlis kitorang tu b'langsung time raya, so adalah sgt sibuk time tu. Dengan nak rayanya lagi, nak puasa lagi. Time puasa confirm2 la penuh dgn aktiviti bg menambahkan pahala kan.insyaAllah, Aminnn... The point is kitorang xnak wat kerja last minute. Nt mesti ade yang miss. Itu xdela, ini xtmpah la, plus itu ini yg akan memeningkan kepala bakal pengantin yg akhirnya membawa kesan buruk kepada majlis, keadaan jadi huru hara, pengantin stress, pastu sesi photography pun akan jd x cntik sbb muka pengantin yg sgt ltih+stress dgn keadaan mjlis yg x sempurna.haaa! hamek kau. Smpai situ tau nad pk kesan2nya. Eish, nauzubillah! So, kite relax2 prepare hokehh, chill2 x mow seteresss-seteresss (^_^)\/

Benda yang nad dah suku setel (adekah pekataan ini??) adalah:

  • Booking date dengan our wedding planner (Butik Andaman Pengantin Remaja)
  • Anta baju nikah to our tailor (De SH Boutique)
Actually, bab booking-membooking ni pon kena ada dlm to-do-list sbbnya klu kite x book, mmg ssh la nak dijadikan cerita. Masa nak m'booking tu pun jgn pakai ayaq liuq ja. Haruslah menyediakan bberapa % duit muka utk btul2 book hokey!(mcm nak beli keta tue). Then haruslah get clear dgn wedding planner korang. Korang tnya jer apa yg t'buku di hati smpai korag btul2 puas hati. Pasal tema, nak pelamin yang cane, baju sanding cane tu sume bleh diupdate dgn wedding planner korang dr masa ke semasa. Yang penting book tarikh b'sejarah korang tu dulu. Mcm kes nad, nsib ler nad sempat book date sbbnya 1 Sept (kenduri umh nad) tu mak andam ada job kt tmpat lain. Nasib baik la event lg 1 tu kt Sagil, so dekat dlm area umh nad gek.

Pasal nak anta tempahan baju nikah, disebabkan kitorang punya wedding time raya, so confirm la mana2 tailor pun akan stop amek tempahan before bln puasa. So, bg mengelakkan baju nikah kami x siap di hari kejadian, kami pun decide utk tempah baju seawal mungkin. Pasal fitting baju tu nad x berapa nak risau sgt. Maklum la badan nad ni maintain cenggini dr dulu kini dan selamanya. cewah! cuma bdn incik tunang jela, tp tu pon nad x brapa nak risau sgt, klu bdnnya naik or trun sikit, our tailor leh edit balik bju tu sikit2. setakat nak kecik/besar'n bju, it juz a small matter laa to them. ehemmm :)

Satu nad nak highlight kan, lepas korang da byar deposit kt korang punya vendor tu, jgn lupa take note n simpan resit as black n white. Nanti leh wat rujukan n budget bape byk yg korang dah bayar and bape lagi balance yg perlu dibayar. Yang penting jgn biar diri korang ditipu oleh vendor dlm bab bayaran ni. So, kena remind'n diri sendiri jgk la sbb byk keje lagi yang akan menysul lepas ni. 

Ok, cukuplah tips utk ari ini.ewahh! poyo lak nad ni.huhu. Pasni nad update lg kisah persiapan hari bersejarah kami lg, okey :))

Love u gurlz for reading this till end~ 

Mmmuahhh...

Salam

Friday, February 17, 2012

Coretan Batinku

Assalammualaikum wbt
dan salam Jumaat...

Sudah tiba pertengahan Februari
xlame lagi menginjak ke bulan Mac..
Banyak persoalan yang belum terjawab
Harus meng'update' diri bagi tidak terlepas
Perkara-perkara yang akan mengubah masa hadapan..
Jodoh dan rezeki rahsia Allah
Hanya padaNya sujudku dan syukurku
Syukur atas segala nikmat kurniaanNya
Meminta pada Yang Maha memberi rezeki...
Syukur, Alhamdulillah...

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
ntah pape poem laa yg aku hasilkan,
sekadar ikut kata hati,
xtau nak tulis apa sbnarnya,
nak rekod jer kata hati ni leh x?huhu

btw, Happy Weekend korang...aku nak balik kampung ptg ni, tp singah kt Melaka dulu.yayyy!

babai~

Friday, February 10, 2012

Cerita Naik Pelamin

Assalammualaikum wbt...

Ape kabar kamu kamu sume? Act nad bru je lepas submit kerja kt boss. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan kesungguhan nad menempuh 3hari yg berliku bg menyiapkan segala report dan data yg diminta bos (smlam kul 7 baru balik umh.hukhuk), akhirnya segalanya selesai setelah task disiapkan before due date yg diberi. nak jadi pekerja yg efektif ler kononnya. aicehh! 

So bg m'hiburkan hati yg lega ni, smbil halwa telinga dijamu dgn koleksi lagu2 hindustan dr manager yg dok nun di sana (mentang2 ler Sabtu ni ada crite KuchKuchHotaHai, pakat ler amek mood hindustan ea Puan..hehe), nad nak corat coret sikit...

Sorang sorang kawan nad naik plamin. Bila online fB jer, mesti ada invitation dr mereka2 yang bakal menamatkan zaman bujang. I'm happy for them. Rase kejap jer masa berlalu. Skang ni sorang2 nek plamin, thn depan plak sorang2 dpt baby..Weeee~ Best2!! Pastu nt wat reunion dgn husband and anak masing2..wah, lg super duper bestkan :D. Antara mereka yg bakal menamatkan zaman bujang mereka dalam masa terdekat ni (Feb-Mac) ialah...

Nur Hidayah
Kak Dayah, my cousin. yg ni wajib pergi sbb sepupu kan...dekat lak tu kampung nya dgn kampungku. ewahh~
Nur Ain
Ain. seUKM dan seDriving School. Majlis de b'langsung kat Tangkak. Dekat jgk dgn kampungku. kalau xde aral, insyaAllah akan pamit ke sana..

Adah....nad xde pic de. sgt sedih:'(. Adah ni orgnya pemalu, so bila time b'gambar pic de jarang ada. neway, skang de da nak kawen dah. Bestnyer...Tp majlisnya di Kelantan, xsure lg dpt pegi or x. Kena arrange schedule dulu. eiceh! cakap ngalahkan menteri :-p

So far, ini jela kwn nad yg bakal melangsungkan perkahwinan dalam bln ni and Mac nt. Tu belum listkan lagi invitation utk bln jun plak. Berpusu-pusu kad bakal diterima dgn jemputan perkahwinan dan pertunangan juga. (ehemm...x sbar tgu brita dr my bestie, cik Ima Nadia kite.i'm waiting.hehe)

ok, itu saja utk ari ini.

Sekian, terima kasih.
Salam,
 babai~


nota kaki : kembali pening memikirkan persiapan utk MyDay :')




Monday, January 30, 2012

entry layan diri...

Assalammualaikum wbt...

Lame tak update. kali ni nad xnak bagi alasan nape x update, sbb xde sape sgt pun yg bace blog nad ni.kihkihkih. yg pasti, tujuan nad tulis ni pon (taip sebenarnya) adalah utk bacaan peribadi di hari tua aka future nt. when times goes around, kite bce balik entry2 lame rase mcm best jer.

Perasaan nad sekarang dan tika ini adalah sangat2 excited, lega, a bit nervous, etc, etc..ssh la nak gambarkan apa yg nad rasa skrg ni. yg pasti, apa yang belum dikenalpasti sebelum ni sudah pon dikenalkan. apakah? mmg niat nak peningkan kpala si pembaca. pendek kata, skrg ni nad dah tahu tarikh keramat yang bakal merubah hidup nad selamanya, iaitu tarikh pernikahan nad. urm...hasil perbincangan kedua2 mempelai (it refers to me n my fiyoncee la) n persetujuan org tua kami, kami sepakat utk memilih 31st August 2012 as our solemnization day:). so kpd yg berkenaan, please save ur date! highlight sikit dgn kaler pink kt calender korg tu yer:p

tau x cane perasaan nad skrg? tingal lg 7bln 1ari lg before im become someone wife. kdg terasa mcm diri ni not matured enough, tp bile di campur tolak darab bahagi tang umoq tu, mmg da sesuai kawen dah. urmmm...believe with myself! i can do it! nad boleh hadapi hari yang mendatang dgn tenang; bagi mengecapi kehidupan yang bahagia. yayy! yg pasti n yakin, nad nak bina keluarga dgn mr fiancée, nak metraikan percintaan kami dgn ikatan perkahwinan. urm..layankan jela..tajuk pon entri layan diri...

xtau la nape dgn mood rini, mcm b'angin2 sepoi bahasa.tp bukan nak marah org pon, jus mcm nak melayan jiweng karat pada si dia.. urm..sabaq2. still in counting days..owh!! no wonder la dlm counting days, da ujung bln rupenya. (ok, lupakan pada statement yg memeningkan pale ini).

jumpa di entry lain time mood nad dah x swing2 cam rini lg kay!

pssstt...tp pasal solemnization date nad dgn en tunang tu betul2 punya kejadian. bukan mood swing-swing around okay!

daa...thanx coz sudi mlayan...mmuahhh~

Wednesday, January 11, 2012

Puding Caramel

Assalammualaikum wbt...

Last weekend baru2 ni nad berkesempatan mencuba resipi baru, Puding Caramel. Seumur hidup nad x pernah wat puding, x kira puding senang atau pun susah. So ptg Ahad ritu nad cuba mengasah bakat di dapur dengan bantuan resipi dari Kak Ray dan khidmat nasihat Kak Mini.

ehemm...
Boleh la amek pen n kertas then tuleh resipi ni. x pon ko klik jer print, trus kuar. Terus masak...hehe

Bahan-bahan

Caramel 
150gram gula caster
Air (nad agak2 je nak letak banyak mana,janji relevan la dgn kuantiti gula tu)

Puding
500ml susu cair/susu kotak (xkisah jenis low fat ke, full cream ke..janji ko xguna susu pekat sdh)
4 biji telur
2 biji kuning telur saje (yg putih tu leh simpan, goreng..mkn dgn nasi)
100 gram gula caster
1-2 sudu esen vanila

Cara masakan

Caramel
Masak air dengan gula atas api yg sedang-sedang ( xberapa kecik n x brapa besar). Sentiasa kacau sehingga gula larut. Kena jaga takut gula tu hangus pulak. Kacau je smpai air gula tu b'tukar jadi kaler brown/gold. pastu leh tutup api dah...then biarkan sejuk dulu pada suhu bilik, dah agak2 sejuk leh msuk'n dalam peti ais. Baru le syokk di makan.

Puding
Susu, telur, gula dan esen vanila dicampurkan sekali then kacau hingga sebati. Make sure pukul smpai teksturnya mencapai tahap halus, bru la puding itu kelihatan cantik, menarik kow mmg debom. xdela nt jadi mcm permukaan bulan tuh. upsss! Bila semua bahan dah sebati, boleh la msuk ke dalam bekas, lalu dikukus. Nad kukus je puding ni coz ni jer alternatif yg ada. Ikutkan klu nak msk dlm microwave pon boleh (kot.memandai jer nad nih!huhu). okeyh, bila dah terletak dalam pengukus tu, leh la biar masak selama 30-45 min.

And finally,

Sedia untuk dimakan...

tadaaaa...ni pudingnya..caramel masih dalam peti ais dan bila dah sejuk, x sempat nak amek gmbor . trus makan x hengat..hehe .oh ya! sila hiraukan pisau 'pembunuh' di sebelah. sgt mengerikan okeh! mcm nak potong ape jer caranya..padahal nak potong puding jer pun...alternatif lain, sila potong m'gunakan pisau plastik sbb puding tidak akan menjadi sekeras lemang ye :)

timbul kuning telur di permukaan puding disebabkan nad tak pukul bahan-bahan sampai sebati la tu. maklum ler, xsabar nak tgk hasilnya. ini la yg t'jadi. pape pun, rasenya tetap SUPERRBBBB!!! (boleh thn la, based on pujian akak opis n housemateku).hehehe

Ralat :
  • Sebenarnya nad tak guna gula caster, nad pki gula icing (sbbnya market dekat umh xde jual gula caster) so nad x dpt warna brown pada caramel tu. de jadi warna putih pekat jer (sbb gula icing dicampur dgn tpung jgung). tp bila dah rasa, ok jer...cume xnaik seri jela...
  • Tekstur puding buatan tangan nad ni pon teksturnya agak kasar sikit. Bak kata Kak Mini mb sbb nad x pukul smpai betul2 sebati. maklum ler, nad pukul pakai garfu jer, cane de nak sebati kan. len la klu guna mesin buat kek tu haa...
Pape pon, ni la 1st baby puding caramel air tangan nad. plannya weekend ni nak wat lg, tp nak bg famili n incik tunang plak rase.hehe. tp kali ni nak wat betul2.. smpai caramel dapat color brown.

Selamat mencuba =D

Salam...


Go Away Bad Habits!!

Assalammualaikum wbt...

Tak tahu bila dan bagaimana nad berkecimpung dengan aktiviti-aktiviti yang pada korang agak peliks/m'jelikkan/m'gelikan etc..etc..Tapi pada nad,bile aktiviti-aktiviti ni nad selalu amalkan, ia sudah m'jadi habit pada diri sendiri tetapi jadi taboo utk org2 sekeliling nad spt housemate,famili dan incik tunang. Terus terang cakap nad dah byk kali cube try test (da cube test lak kan) tgk betapa la nad nak buang tabiat buruks (kot) ini, tp ntah mengapa la iman tu x brapa nak teguh di dada. Nak tahu ape habit nad yang agak peliks itu...ok, teruskan membaca.

1. Suka geget beras mentah 



  • Perghhh...ni memang xleh tolak bile tiba turn nad masak nasi xkira sama ada di kampung atau pon di rumah sewa. tp kalau di rumh org spt umh bakal mentua n akak ipar, leh lak nad control x cuit beras tu msuk dlm mulut. hahaha. sedap siut beras mentah tu. nad pun xsure dpt habit ni dr sape. tp before nad mkn beras tu, make sure beras tu dibasuh bersih dulu la. krukk krekk krukk krekkk bunyik dlm mulut. rangup kot!!
  • Fakta : mama nad dah byk kali tegur habit nad yg 1 ni. tp stopnya hanya sebentar cume. bila tiba turn msk nasi lagi, nad mkn beras lg. sebenarnya nad pun risau gek, kot2 la bg efek kt ksihatan nad in future, tp so far Alhamdulillah kesihatan nad baik. penah jgk gugel2 pro n cons mkn beras nih. Ada yg sahih ada yang tak. mcm2 mitos ada.hrmm..ntah ler..hanya masa kot penentu segalanya utk nad benti dr habit ni..huhu
2. Suke bau minyak petrol 



  • Bab ni mmg nad suker giler xleh bla... bila isi minyak keta rase mcm nak sapu muka dgn minyak tu jer. bau de tu, sedap menusuk qolbu. cane nak bagi benti habit ni lak ea?? mb nxt time nad kena pki mask time isi minyak kot. kuikuikui~
3. Bau dalam lift pun nad suka 

  • Habit ni dikesan sekitar tahun 2010 dimana time tu nad bekerja di salah sebuah syarikat yg x berapa terkemuka di ibu kota. opis nad dulu tu kt level 9, so bile msuk lift de, nad suka tarik nafas dalam2 smpai menampak'n tulang rusuk (opsss:-x) lalu mengembangkan hidung utk menikmati betapa nikmatnya bau dlm lift tersebut. hahahah! kini, habit itu terus melekat dan ofis nad skrg pun brada di lvl 28, so mmg dpt menikmati baunya dgn tempoh masa yg agk lama la... Peringatan!! Pastikan anda keseorangan dlm lift tersebut tnpa sesiapa, bru anda dpt menikmati bau yg btul2 pure (karang xpasal2 korang t'bau gas CO lak kan)
4. Suka bau karpet a.k.a permaidani tu 

  • Tempat shopping yg nad pling suka adalah kat Nilai 3. sebabnya kt situ byk jual karpet. klu pegi sane, lalu je depan kedai karpet nad akan b'tindak spt berada dlm lift td (leh scroll ke ats klu korang da lupa apa yg korang baca td). tp siyes ckp, idung nad xleh trima bau si penjual karpet tersebut. bgai lngit dgn bumi kot bezanya bau antara 2 makhluk ini (karpet vs penjual karpet):-p
5. Suka geget-geget ais jgk

  • Yang ni leh tanya kat mmber se'lunch' nad iaitu cik kiah dan juge cik yun. stiap kali order air, msti mintak air sirap bandung/soda gumbira (indo version) with AIS okeh! pastu bile airnya da abeh, nad wajib menggigit-gigit ais yg ada. habit ni nad hanya akn stop bila nad mengalami sindrom batuk/ sakit tekak/demam atau yg seangkatan dengannya lah. tp bila nikmat kesihatan diberi semula, nad mula menggigit dan menghisap ais tersebut.
Pesanan khidmat masyarakat:-
  1. Please don't do this at home!!
  2. Kewarasan akal yang baik diperlukan dalam membuat sesuatu penilaian.
  3. Sebarang kemalangan/ kecelakaan/ kerugian terhdap diri sendiri adalah tanggungjawab masing-masing.
  4. Please give your comment before you leave this page. lebih-lebih lagi klu ada petua yg dpt m'berhentikan bad habit nad ini. huhu :p
Adioss amigoss...

Salam...

Tuesday, January 10, 2012

Me as Myself.

Assalammualaikum wbt...

Semalam kan nad ada upload pic dr zaman praktikal dulu (sekitar thn 2008), nad dpt komen dari seorg teman atau pemilik blog awesome ini. So timbul plak idea nak upload pic dulu n kini & tgk apa prubahan yang berlaku. Nad bukan nak msuk apa-apa pertandingan pun, nad wat entry ni pun just for fun jer...tp bila belek-belek album lama mula la teringat kenangan2 lama. konon-konon flashback life nad blik la...dramatik kan :')

Ni pic dolu-dolu...

Dalam class,FEP, UKM
Tahun 2007
Warna kulit yang gelap tetapi kurang berjerawat


Perkarangan KLCC
Tahun 2007
Warna kulit yang gelap tetapi kurang berjerawat (copy paste yg atas.kikikih)

Teluk Kemang, Port Dickson
Tahun 2006
Warna kulit yang gelap tetapi tidak berjerawat
Keadaan pipi yang agak 'berisi'. Berat mb dalam 48kg.
otw ke UKM Bangi
Tahun 2009
Kesan penggunaan produk kecantikan; menyebabkan kulitku putih pucat begitu dan  jerawat mula  mekar subur di kulitku.huhu :'(
psst...da lame xpki jaket tu.
Attention PLEASE!!
 Kepada korang yang menggunakan sebarang produk kecantikan,please do the research first before you apply it on your face. nad berabeh beratus2 duit jpa nak beli produk ni but the result is...spt gmbar di atas:'(. Mmg la muka kite jadi lmbut dan putih tp tgk la putihnya cane. putih pucat okeyh! i nak yg putih kepinkian tu, bru la ada naturalnya. hihi. n one more thing, time ni kulit nad sgt sensitif pada cuaca panas. Kulit nad akn rse pedih (akibat pengelupasan kulit) n muka nad nmpak merah disebabkan panas itu. Lame jgk nad nak recover balik kulit nad ni seperti sediakala. n Alhamdulillah lepas nad benti pakai produk itu, kulit nad kembali pulih n dah x putih melepak mcm mayat itu lg. Sekarang nad b'gantung hidup pada pencuci muka Safi Balqis Perfect 10. Jimat dan berbaloi-baloi. Leh simpan duit utk kawen. huhu :')

Hausssss....Kite benti minum dulu..nak pink colour ke nak yellow colour??
nad prefer yg pink colour..
soda gumbira satuuuuu!!! (okeh.merepek)
nextt...
Perkarangan umah kak Fiza, tgu incik tunang bersiap utk pegi dating.
Taken on 18/12/2011
Haaa...ni pic nad yg latest.. pic ni nad edit sikit. okey, nak yg x edit ea.ok tgu jap ea...
Dalam ofis
Taken on 16/11/2011
Pic ni 100% genuine, without any edition and any mekap. see my kulit. looks natural kan..ala-ala sawo matang manis gitu. Alhamdulillah, sekarang nad tak la putih pucat sgt, n tak berapa gelap sgt mcm tahun2 sebelum ni. (leh refer pic yg mula2 td klu nak tgk tahap ke'ireng'an aku dulu.kikikih)
Teluk Gorek Bay, Mersing
Taken on 25/12/2011
Jerawat mula naik disebabkan keadaan hormon yg x brape nak stabil dan kembali gelap disebabkan b'famili day di tepian pantai.eiceh! alasan saja itu semua. huhu
Okeyh! bape banyak OK daa dalam entry nad ni... tak kira putih pucat ke, kuning telur ke, hitam manis ke, sawo matang ker, kita tetap satu. bak kata PM kite la, kite kan 1 Malaysia. okeyh.merepek lagi. Bak kata incik tunang, even kulit nad ni jap gelap jap terang, tp perasaan dia pada nad tetap terang dan nad yang perasan cerah ini mulalah kembang setaman. hahahaha. ok, fullstop sebelum nad hanyut lebih jauh agi...

daaa~

mode: kepala hotak dah kering idea nk susun ayat lalu jari jemari trus menaip dgn ikut suka ati tuan punya badan ni.

Monday, January 9, 2012

3 Years with Love...

Assalammualaikum wbt...

Untuk makluman semua arini bersamaan dengan 9 Januari 2012, genap 3 tahun nad dan incik tunang menyulam cinta. eiceh! So, sempena our 3rd anniversary ni, ijinkanlah nad melayan perasaan jiwengs yg mula m'berontak mahu diluahkan dr diri ini. (pls ignore pada ayat2ku yg pada korang ntah pape, k). yg penting Nad nak juga meluahkannya..ok, next!

 non-edit pic


Ni pic from zaman praktikal. Berjimba bersama kwn2 se'praktikal' selepas tournament bowling la konon-kononnya. Based on this pic, i'm realise that dulu nad adalah sangat irengg (bahasa jawe ye kengkawan) dan agak berisi cikit klu nk compare'n dgn time skrg.(Nad yg tu! yg tu!! yg dduk belah kiri skali.ngeee~) Si baju biru gelap, dok sbelah kanan tu la incik tunang sye.hihik. time ni kitorang blum ada prasaan cinta agi, msing2 sibuk m'usha aweks2 n pakwes2 at surrounding mereka (okay, ini aku tipu!). Alkisahnya, time ni kami msih berkawan, tak lebih dari itu. Panggil pon msih dgn panggilan aku-kau. kerek gilek arh...


and after 3 years...


jeng..jeng..jeng....

We already engaged! Alhamdulillah...

Sepanjang 3 tahun ni, tipulah klu nad ckp yg hubungan kami ni baik-baik aje. Adat orang berkasih, ada surut naiknya. Bak lagu P. Ramlee, lagikan lidah lagi tergigit ini kan pula suami isteri..apatah lagi pasangan yang masih memadu asmara. Kami mempunyai satu matlamat besar pada thn ni. InsyaAllah jika diizinkan Allah, kami mahu memetrai cinta kami ke jalan yg diredhai dan diberkati Allah. Kami mahu menyulam rasa cinta kami dan dipatrikan dengan ikatan perkahwinan. Semoga dengan iringan doa dan usaha dapat menjadikan mimpi kami suatu realiti. Aminnn...


Ya Allah….
Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Ya Allah…
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin. .

Wednesday, January 4, 2012

.Semalam Adalah Kenangan.

Assalammualaikum wbt..

This is my 1st entry in this year. So, masih tak terlambat lg kiranya nad nak wish Happy New Year to all!


Semoga tahun baru ini membawa seribu satu kebaikan dalam hidup kita. And for me, insyaAllah this year will bring big changes in my life. I do pray for more joy and happiness and one more thing I really hope all my dreams will come true. Aminnn...

2011, byk peristiwa yang berlaku dan sekarang tu sume hanya tinggal kenangan dalam diri ini. (duhhh! konon2nya nak b'madah pujangga. lets continue with my words..huhu). meh sini nad listdown kan antara peristiwa yg berlaku pada thn lepas, yg secara overallnya sedikit sebanyak m'bawa perubahan pada diri Nad (ref from my organiser/dairy) :)
  • January - dengan rasminya nad tamat lesen P. so I already got my competent driving license, so nyahh kow red sticker P from my car.hohoho!
  • April - mySyg dimasukkan ke Putra Specialist Hospital disebabkan appendiks. Major operations dilakukan disebabkan keadaan appendiks yg dah pecah. yg ni nad ada cite kt sini. tp alhamdulillah sekarang my syg dah fully recovered from appendiks dia :))
  • July - Jeng..jeng..jeng.. I love this month sebab tanggal 10.07.2011 nad dengan rasminya telah menjadi tunangan kepada en Mohammad Shafeq Kamso. boleh recall balik kt cerita ni. now almost 6month I become his fiancee, n I do love my fiancee very much (ok, stop!takat sini jer jiwengss)
  • August - my 24th birthday. believe it or not this is my first time dpt birthday gift from my beloved one. taraaa!!Handbeg Fabiano Ricco light purple colour. I'm loving it. Thank you so much Syg :-* 
  • September - Birthday mySyg plak..tapi nad x bg de pape pon.hihik. sori syg. tp owg janji owg nak jadi isteri terbaik untuk syg. InsyaAllah :')
  • October - nad dikejarkan ke hospital jam 3pg n diberi'n injection disebabkan diarrhoea yg melampau. sakit tau!! hukhuk :'(
  • Disember - month of Family Day. mane taknya, bln ni je nad ada 2 family day. 1st with company, 2nd with adik bradik mama at Teluk Gorek, Mersing. Bln ni jgk la nad 1st time try main banana boat and I promise to myself that is first and last nad naik banana boat. huhu. tanak naik da pasnih :'(
Scara keseluruhannya, 2011 teach me to become more matured and manage my life, my time and my finance as well. 2011 jgk nad dapat ramai kawan baru yg sgt awesome. Tun Teja Group; another great moments happen and hope we always Best-Friends-Forever. especially to my housemates: Cik KiaYunFaeFaridNo-oi, and ayu Rocca.

Ok, see you soon on next chapter. thanks for reading... 

Salam.