Followers

Pages

Monday, November 4, 2013

Anak vs Ayah

Assalammualaikum...

Nak ambil mood di pagi hari, sebab rindu kat si kecik ni.. esok ibu cuti kita dok umah together-gether ok syg..Mmmuahhh!

Sila cari perbezaan antara kami =)

Tuesday, October 29, 2013

I Love Breastfeeding

Assalammualaikum...

Lagi beberapa hari baby Marissa dah nak 3 bulan. Rasa kejap je. Sepanjang dah nak 3 bulan ni jgk, Alhamdulillah Marissa masih dimurahkan rezekinya untuk merasai nikmat susu ibu tanpa campur susu formula. Since pregnant lagi, nad dah tanam azam untuk breastfeed baby secara ekslusif untuk 6 bln pertama ni. Nad target nak breastfeed Marissa sampai umur dia 2 tahun. Selalu berdoa semoga Allah murahkan rezeki Marissa dan permudahkan perjalanan nad untuk menyusukan dia. Semoga dimakbulkan.

Memang diri rasa best sangat bila dapat breastfeedkan anak sendiri. Sebelum ni dengar ibu-ibu cakap bangga bila anak minum susu badan, sekarang Nad baru faham apa yang ibu-ibu ni rasa. Memang rasa sangat awesome, lagi-lagi bila dapat tengok hasilnya. Hasilnya adalah baby Marissa menjadi bambam dan tembam. haha. Bila post pic dia kat FB mesti ada yang komen, Marissa bambam. Ada jugak tu yang cakap baby dah sama berat dengan ibu. huhu. sungguh kejam sapa yang komen begitu T_T. Alhamdulillah, berkat susu ibu la tu kot, selain ikut baka dari ayahnya. mungkin! rupa pun dah memang sebiji ayah kan. Ramai yang cakap Marissa ikut rupa ayah. takpelah, orang-orang tua cakap kalau anak perempuan ikut rupa ayah sejuk. Semoga benarlah apa yang dikata :)

Kite minum susu ibu la sampai pipi kite labuh camni..hehe
Since Nad menyusukan Marissa, macam-macam yang Nad amalkan untuk tambah susu badan. Antaranya adalah dengan mengamalkan minum air Halba dan set penyusuan SHAKLEE. 

Sebelum ni Nad tak amik peduli pun dengan halba ni. Bila dapat tahu halba ni boleh tambah susu badan, terus Nad cari kat kedai runcit. Sampai rumah Nad rebus halba tu sampai airnya jadi macam air teh. Boleh terus minum air halba tu. Rasa dia pun okey jer, macam air akar kayu tu. Tapi kalau nak tambah madu pun boleh, tapi Nad minum gitu je. Kajian menunjukkan halba adalah pemangkin pengeluaran susu ibu dan kalau diminum dapat meningkatkan pengeluaran susu sehingga 900%. Selain itu, halba ada galactagogue iaitu sebagai agen pengeluaran susu. Tu yang Nad excited sangat nak try sampai lupa nak tangkap gmbar. Dan hasilnya amat membanggakan. Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan dan khasiat halba ni. Boleh google dgn sukarela untuk ketahui lebih banyak lagi tentang khasiatnya.

Hasil perahan di ofis untuk sesi pertama
Alhamdulillah.. Semoga Allah murahkan rezeki Marissa untuk minum susu ibu sampai umur 2 tahun. Aminnnn....
setiap hari prepare bekalan Marissa ke nursery cmni. Sehari bawak 5 botol susu. each berisi 3-4 oz sbb Marissa sekali minum 2-3oz je. tapi selalunya bila balik rumah akan ada balance lagi sebotol yang belum diminum.
 Dah siap di tag. Icepack wajib ada untuk menjaga kualiti susu supaya tak cepat rosak.
Ready to nursery!!
Susu ibu yang dipam harus dijaga dan nak simpan pun ada caranya yang betul. So kena betul-betul disiplin dan extra rajin + istiqamah dalam penyusuan badan ni. Inspire Nad dalam bidang breastfeeding ni adalah akak ipar Nad sendiri iaitu mamajong. Dia banyak bagi semangat dan turunkan ilmu penyusuan ni kat Nad. Kat blog dia sendiri pun banyak syer story pasal breastfeeding ni. Untuk makluman, dia adalah salah seorang ibu yang berjaya susukan anak smpai umur 2 thn setengah. Alhamdulillah. Harap nad pun boleh macam dia dan susu nad bertambah meriah. Aminnn Ya Robb.




Wednesday, October 23, 2013

Just Arrived!

Assalammualaikum...

wahh..sawang sana sini.. okeyh, memang nad dah malas nak update blog ni dgn cerita-cerita terbaru since last post nad pun masa nad pregnant 27 weeks kan. hurmm.. okey, sekarang kita layan dulu pic ni...

Hai... Nama kite Nur Marissa Sofea binti Mohammad Shafeq. Sekarang umur kite dah 2 bulan 23 hari.. Ibu kite memang malas nak update blog ni. kihkih.
tudia! anak sendiri nyindir ibu dia. huhu. Alhamdulillah, tanggal 31 Julai 2013, tepat jam 3.24 pm nad selamat melahirkan seorang puteri dengan berat 2.95kg di Salam Senawang Specialist Hospital dan disambut oleh Dr Asmah. wah! detail ko.. Jadi orang nogori ler plak anak dara sorang ni. hihi. Ibu tak kisah la awak jadi anak nogori ke, Johor ke, janji anak ibu jadi anak yang solehah, bijak pandai ye syg.

Pic atas ni captured beberapa minit lepas dia dilahirkan ke dunia. Tgk tu, kuar-kuar jer mata dah celik tgk orang keliling. Next time nad share labor experience plak, tu pun hopefully mood sentiasa ada untuk m'update blog ni. doakan saya ye kengkawan. hahaha.

Salam.

Tuesday, May 7, 2013

27 Weeks

Assalammualaikum....

Arini sudah masuk minggu ke-27 kehamilan. Nak tau apa perkembangan baby setakat ini, please read the article below. 



"You are now in the third trimester, and last, of your pregnancy! Your baby's crown-to-rump length is about 9.6 inches and your baby's total length is approximately 15.3 inches! Your baby now weighs about 2 pounds 3 ounces (1.04326 kg) and is going to grow rapidly during this last trimester! Your uterus is about 2.8 inches above your bellybutton. 


If your baby were born now, it would have an 85% chance of surviving. Even though your baby is still not fully developed, she would be well within the limits of premature viability. You still have approximately 13 weeks left of your pregnancy, and during this time your baby must continue to grow and develop. If your baby was born at this time, she would have several complications that would require special attention. Because babies do not have adequate amounts of fat at this time, your baby would have to be kept inside of an incubator for warmth. Because the air sacs in your baby's lungs do not yet have surfactant, she would require an artificial respirator. Your baby's brain, liver and immune system still need to develop more also. 


Make sure you take good care of your teeth. So-called `pregnancy gingivitis` affects most pregnant women to some degree, and generally occurs in the second trimester. If you already have gingivitis, the condition is likely to worsen during pregnancy. 

Your baby can develop hiccups"


Okey. Sekarang pun sudah terasa berat yang ditanggung. Kaki krem tgh2 malam pun pernah kena. Bukan sekali kenanya, sampai kena 3 kali dalam 1 malam. Sabau aje la! Tapi itu disebabkan siangnya Nad menapak jauh dgn struktur jalan yang berbukit time ziarah wife bos kt hospital ritu. I jalan kaki jer tau, bkn menapak dalam keta T_T. Malam tu en Hubby keje malam pulak, mmg sgt menderita la tanggung sakit sorang2 :'(. Since then, sebelum tido Nad akan pastikan tapak kaki n betis disapu dengan minyak panas pastu sarung stokin.  Bab yang sarung stokin tu Nad slalu je ngelat. Rimas kot nak tido dengan pakai stokin bagai. Adoii. Cane la nak hadapi hari-hari berpantang nanti. huhu. 


Semoga nad melalui trimester terakhir ini dengan penuh kesabaran dan ibu n baby dikurniakan kesihatan yang baik sampai hari kelahiran nanti. 


Tak sabar nak beli barang-barang baby. yeay!

Ok, bye!


As-Salam..



Monday, April 22, 2013

Awards and Rewards

Assalammualaikum..

Ikut perkiraan, usia kandungan Nad rini dah masuk 24 minggu 6 hari. Esok dah 25 minggu. Urm..kejap je masa berlalu. Rasanya macam baru semalam Nad cek UPT and alami muntah-muntah, loya sume bagai.. Dan sekarang adalah di penghujung trimester kedua. Lagi berapa minggu je lagi nak masuk ke fasa terakhir iaitu 3rd trimester. Yeeehuuuu~ (Tatoottt plus excited!). But i'm not deny that 2nd trimester is the most enjoyable time. Serious! Tekak ni boleh terima apa saja jenis makanan. Nad sangat lah giler nak makan coklat, yg sweet2 gitew. Lagi-lagi bila balik kampung, dari celik mata sampai la nak pejam mata kejenya makan, makan dan makan lagi. Sangat lah bahagia perut ini diisi dengan pelbagai juadah kampung dan sebagainya hinggalah berat badan Nad naik 4 kg (as at last checkup @20 weeks). By today, mb dah naik sampai 50 kg kot. Jom tengok jap :
_________________________________________________________________________________
Berat badan sebelum pregnant : 44 kg (BMI mmg slalunya underweight :'))
Berat badan 16 weeks : 46 kg (naik 2kg)
Berat badan 20 weeks : 48 kg (naik 2 kg lagi)
Berat badan as per today, 24 weeks : ????? (Over 50 kg kot, tak timbang lagi)
_________________________________________________________________________________

Itu baru cerita berat badan si ibu. Berat si baby pulak Nad tak tahu dah berapa gram sebab setiap kali check up doktor cakap baby masih kecil, beratnya pun tak sampai 500 grm lagi. So terima jela jawapan doktor yang arif lagi bijaksana tu. Tapi mengikut pemerhatian Nad terhadap perut sendiri, baby ni masih kecil dan beratnya pun belum m'bebankan si ibu even dia adalah sangat aktif menendang perut ibunya yang comel ini.  Mungkin benar la dakwaan sang doktor yang mengatakan beratnya kurang dari 500 grm. Tak pe2, untuk mengurangkan rasa gusar di hati, Nad dapatkan info ni dari  blog Dr Zubaidi Hj Ahmad. Cuba cek tengok :

Berat bayi dalam kandungan ibu
Refer kat schedule atas ni, berat bayi di usia kandungan 20 minggu adalah 331 grm. So, hopefully benarlah my baby weight is normal sebab doc pun x inform the actual baby's weight is. As mommy just fikir yang baik-baik saja la. Tapi next check-up nak make sure doc inform my baby weight, position dia, posisi placenta, etc. See, my baby pun setuju dgn kata-kataku ini smbil menendang-nendang perut ibunya. Ewah~

Lagi satu nak cerita pasal ni... konon macam reward la kat Nad sbb dah lalui gejala semasa 1st trimester dengan jayanya. Hahaha. Last week, Nad and famili husband suma pergi holiday kat Langkawi for 4 days. Here are some pictures yang sempat snap kat sana.

With Hubby, dalam feri menuju ke Langkawi. Time pegi ni, laut bergelora sebab hujan. Mahu pening kepala ni dibuatnya. Nasib baik la dah standby minyak cap kapak dalam handbeg siap2. So tiadalah tragedi morning sickness berlaku :')

Inilah mak mentua kesayangan Nad. Ni kat Pantai Tengah. Laut ni berhadapan dengan rumah peranginan TNB yang kitorang stay sepanjang kat Langkawi. Pakat berendam ramai-ramai ler dah laut depan umah jer, termasuklah si makYong tu. hikhik :)

Owh sayang! Jgn tinggalkan daku... bluerkkk!! Terapi 'muncit' katanya.. haha :D

Petronas Quay. Byk yacht kt sini. Romantik tempat ni, tp disebabkan kitorang smpai tenghari buta, romantik tu x bape nak menjadi la..nasib baik la angin kuat kat sini dapat mengukir senyuman kami berdua.  haha

dengan Nurul (adik ipar) and Kak Fiza (akak ipar) before naik cable car.

Nice view from last pit-stop at Gunung Mat Cincang Cable car. Dengan angin yang kuat kat atas ni, rasa mcm nak wat gaya ala-ala titanic gitu. tapi disebabkan sedang b'badan dua ni, terus membatalkan hasrat murni di hati. takut terkenan ke anak plak nanti, jnuh nak layan :')


Mak, Ayah and twins kak Siti (kiri-Darwish, kanan-Danish). Bukan main suka agi budak kembar 2 org ni :D

Me with Kak Fiza. Bukan main kuat lagi angin time ni. Nasib leh control cun gitu. Ahakss!

B'latar belakangkan view yang sangat awesome! Nak datang sini lagi sayang!! pasni bwk anak-anak kita plak :)

Sape-sape yang dah sampai Langkawi tu, mmg wajib snap pic kat sini, Dataran Lang. actually xde apa sgt pun kt sini, just the burung helang tipu yg b'diri gagah perkasa bak sang juara. Tapi sgt kagum dgn senibina yang tinggi dengan nilai artistik yang diaplikasikan ke replika helang tersebut. ewah~ 

Last pic, konon nak wat muka cute ala-ala qwiyomi tu. hahaha. bluerkk!
 Okey, tu jer nak sharing.

Bye! As salam...





Wednesday, March 13, 2013

Surah Amalan untuk Ibu Mengandung

As salam...

Sekarang usia kandungan Nad dah masuk 19 minggu, tapi teman sepejabat / saudara mara suma cakap belum nampak perutnya. Tapi bila dipegang perut Nad ni baru rasa ada 'baby bumps'. Mungkin sebab Nad ni berbadan kurus, so thats why la baby bump Nad tak obvious lagi. Sampai bos Nad tanya, "ko ni bila nak pakai baju ngandung Nad??".. nad nak jawab pun serba salah, atlast m'balas dgn senyuman yang tak ikhlas.haha. Itulah ciri-ciri sorang bos yang concern kepada staffnya. sangat! huhu. 

Petang-petang gini dengan cuaca hujan memang tunggu masa nak punch card balik je la. Tapi sebelum tu, Nad nak postkan beberapa surah yang elok diamalkan ketika mengandung. Tapi kalau tak mengandung pun, memang baik juga diamalkan. 



Antara surah-surah kat atas ni, surah yang selalu Nad amalkan adalah surah Al Fatihah :) Tapi tiap-tiap malam pun Nad ngaji, tapi Nad baca 1-2 muka surat je :(  Tak pe, akan diusahakan demi baby dalam perut ni <3

Okeylah, dah 530. Nak balik dah jumpa suami tersayang. ewahh~ 

Salam..