Followers

Pages

Thursday, December 22, 2011

Holi..Holi..HoliDay!!

Assalammualaikum wbt..

Sejuknya rini kat opis. adakah disebabkan oleh ekon itu, atau keadaan diri ini yg tak berapa nak sihat. Adehhh...bile la cik batuk ni nak kuar dr jasad ini. da letih ni. msuk mngu ni, da 4 mngu=sebulan nad batuk. ritu macam da nak sihat, tp bile dtgnya selsema, cik batuk pon mcm trus nak b'kepit dgn diri ini. adoyaiiii :'(

Bukannya apa, nad ni sebenarnya nak enjoy puas2 weekend ni, so thats why la nad sgt m'harapkan kesihatan tubuh badan yg maksimal. citenya weekend ni (23hb-25hb) nad nak join famili trip ke Gorek Bay, Mersing. siap apply cuti smpai 2 hari. hamek ko! persetankan pada selsema dan batuk yg melanda. actually start esok ada Famili Day Supaat Samsuri (adik bradik mama). sbb tula nad menaruh harapan tinggi utk m'dapat kesihatan yg baik, atleast kasi batuk ni hilang.huhu. mcm ler batuk ni leh ilang sekelip mata.

Bila ditengokkan pada tentatif yg telah dirangka oleh paktam tersayang, mmg pack dgn aktiviti2 yg berfaedah (skemanya ayat). actually famili day ni penuh dgn aktiviti yg sgt best, best and BESTTT.apekah? Berikut adalah aktiviti yg bakal dijalankan :

Jumaat <23/12/11>
Perjalanan ke Gorek Bay,Tanjung Resang,Endau, Mersing
Dinner (Surprise party for my beloved parents due to 31st Wedding Anniversary) alamak..adiah xbeli agi!

Sabtu <24/12/11>
Tele match
Bola tampar pantai
Rekreasi pantai
BBQ
Karaoke (nak take part, tp suara pon mcm segan nak kuar jer)

Ahad <25/12/11>
Mandi laut / sukan laut
Penyampaian hadiah
Lucky draw

Yang merisaukan skrg ni adalah tgh musim ujan. so jom la kite doa brmai2 semoga kt sana nt cuaca baik-baik molek gitu! Aminn. Kalau ujan jwbnye kena wat indoor activity jela such as main dam haji ke, jutaria ke, main BINGO sesama family ke :') Sebenarnya nad sgt excited nak pegi coz kemungkinan besar ni last event family nad as bachelor. Memandangkan event ni dah diklasifikasikan sebagai annual event maybe next event nad still akan attend but with my beloved husband, insyaAllah. So, ni last chance nad nak berjimba-jimba dgn family as single daughter (even diri sudah menjadi fiyonce org.huhu). btw, xkisah la pape pon, yg penting kita ENJOYYY!

Salam.





Wednesday, December 21, 2011

Doa Rabu

Assalammualikum wbt...

Perginya batuk, datang pula selesema.Haishhh..lepas satu, satu... namun diri harus bersyukur, menyedari Allah sangat menyayangi diri ini, tatkala nikmat kesihatan diri diambil sedikit demi menghapuskan dosa-dosa kecil. Alhamdulillah...


Dengan asma Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang


Ya Allah, sampaikan selawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Segala puji bagi Allah, Yang menjadikan malam sebagai pakaian dan tidur sebagai peristirahatan dan siang sebagai saat bertebaran. 


Segala puji bagi-Mu, Kau bangkitkan aku dari tidurku,Kalau Kau kehendaki, Kau jadikan tidurku tidur abadi, tanpa hentiMilik Allah, makhluk tak terhitung. 


Ya Allah, bagi-Mu segala pujiKau ciptakan, Kau takdirkan, Kau tentukan, Kau matikan, Kau hidupkan, Kau sakitkan, Kau sembuhkan, Kau selamatkan, Kau hancurkan.


Di atas singgasanaMu Kau bertahta Di atas kerajaanMu Kau berkuasa. 
Kusampaikan padaMu doa orang yang lemah tenaganya, yang putus kekuatannya, yang dekat ajalnya, yang mendunia hasratnya, yang berat keperluannya akan rahmatMu,yang besar deritaNya kerana dosa-dosanya, yang banyak jatuhnya dan gelincirnya,yang terpusat padaMu saja taubatnya.


Sampaikan selawat kepada Muhammad penutup para nabi serta ahli baytnya yang baik dan suci. Curahkanlah padaku syafaat Muhammad saw. Janganlah Kau jauhkan aku dari persahabatan dengannya. Sungguh, Engkaulah Yang Terkasih dari segala yang mengasihiYa Allah, tetapkanlah bagiku empat hal pada hari Rabu:


-Jadikanlah kekuatanku untuk taat kepadaMu
- kerajinanku untuk beribadah kepadaMu,
- kedambaanku untuk memperoleh ganjaranMu,dan 
- keenggananku terhadap apa saja yang mengundang kepedihan siksaMu


Sungguh, Engkaulah pemberi karunia kepada orang yang Kau kehendaki.


Doa ini adalah doa Imam Ali Zainal Abidin (sa) salah seorang cucu Rasulullah saw
(kitab Mafâtihul Jinân, kunci-kunci surga, bab 1, pasal 3)

Wednesday, December 14, 2011

pesanan ikhlas buat pemandu di Malaysia

Asslammualaikum wbt...

Cane ari anda? Baikkah? Sihatkah? nad plak almost 95% recovered from batuk. Lagi 5% kadang-kadang ada jgk terasa gatai tekak, n kembali batuk2 manja gitu. Tp alhamdulilah, setelah hampir 3 minggu bertarung nafas dan m'habiskan 3 botol ubat, idup nad kini kembali sihat seperti sedia kala. Syukur Alhamdulillah~

Di sini, nad dengan sukerala hati nak buat ape nak menyaound (present tense utk 'sound') la kpd pemandu-pemandu di Malaysia ni, xkira la laki ke pompuan, xkira bangsa, agama o warna kulit biru, hitam, putih ker, xkira umur, pangkat dan darjat, xkira bwk keta besar, kecik, separa kecik ker...okayy next!

Wahai pemandu-pemandu yang dihormati...tolonglah...


  • bagi signal kanan atau kiri sebelum m'belok. kalau boleh agak2 dlm 5saat before nak belok tu tolong la pasang lampu isyarat tu yer.please lah.. xrugi apa2 pong. untung lagi ada :))

  • jika anda drive pada waktu malam, tolonglah jangan nyalakan lampu 'high beam' jika ada kenderaan lain yang melalui jalan yang sama. ini akan menyebabkan pemandu lain silau lalu menganggu penglihatan mereka. tolong la prihatin bab ni. sebab nad slalu m'alami situasi cmni. (sgt sakit hati bila alami situasi cmni sbb keadaan mata yg rabun, n power silau yg agk tinggi)
silau kot mata klu tgk cahaya yg cmni.huh!
sumber pic: Google
  • bila kat highway tolong la jgn cucuk-cucuk angin kt blakang kereta lain ye. slalunya yg kerap jadi mangsa adalah pemandu wanita. bila nmpak je si driver nya seorg wanita, mula la nak cucuk-cucuk angin (klu bleh nak cium trus bontot keta depan).konon-kononnya nak tunjuk hebat or x sbor2 nak memotong. in case ada emergency break ke apa, xker x sempat nak ngelak. xpasal2 berlakunya excident. ishh..nauzubillah! 
kalau ko mmg nak race pon, pegi ler kt litar sepang tu! haihh..mengeluh lagi :(
sumber pic : Google

  • bila paking kt mne2 carpark tu, tolong la jgn amek space smpai 2 kotak paking. prihatin la sikit kt pemandu lain yg nak paking jgk. mse amek lesen dulu pon dah diajar kan cane nak paking, n dlm silibus pun xde lak suh paking smpai 2 kotak kan. ingat! org yg tamak slalu rugi. so sendiri mahu engat lah kan...
kalau masing-masing paking ikot kotak, kan cantik susunannya :))
sumber pic : Google
  • bile dah elok paking lak, ingatkan kt diri sendiri/ahli kelurga anda/penumpang anda, bila nak bukak pintu tu tlg la berhati-hati. jgn bukak pintu smpai kena pintu kereta sebelah. trus calar keta sebelah. x ker bengang empunya kereta tu. punye la dijaga-jaga, disayang-sayang x bg calar, tup2 org lain yang calarkan. mmg nak berapi jer la rasenya kan. maklumler, kotak paking kt M'sia ni almost sumenya rapat-rapat belaka. so berhati-hatilah time nak bukak pintu tu yer..
  • kalau dalam traffic jam, bertimbang rase la sikit. semua orang pun bengang kalau jem. so bila ada yang da bg signal utk nak ubah haluan tu, driver lain bg ler can. jgn la ego sgt. org tu dah 10min bg signal pon, msing2 xnak bg laluan jgk ke. hrmmm.. kalau masing2 b'timbang rasa n ada sikit sabar dlm diri masing2 mungkin kita boleh elak dari kecelakaan. so peace yaww!
  • tolong prihatin jgk pada kenderaan yg b'cc kecik ni. maklum la, bila kereta cc nya kecik, power pun kurang la klu nak compare'n dgn BMW, Merz, Camry, Honda,Cefiro dll yg da sah2 cc 2.0-3.0 bagaiiii...mmg x t'kejar la kan. so bile nmpak si cc kecik ni t'kedek-kedek potong kenderaan lain, si cc besar ni tolongla jgn nak b'highbeam2 sume. Kitorang pun tau ko nak lalu. tp sabor ler sikit! (salah seorg pengguna kenderaan cc kecik:'-)
Setakat ni dulu lah nad m'komplen/ bg pendapat/ m'bebel/etc. Mungkin buruk di mata nad tapi baik di mata org lain. tapi masing-masing punya pendapat masing-masing. Mungkin nad pon pernah jugak menimbulkan perasaan marah terhadap pemandu lain tanpa pengetahuan nad kan. cume yang penting, perasaan bertimbang rasa tu perlu ada n jgn biarkan perasaan ego menguasai diri dikala anda memandu. yang pasti, kita guna jalanraya yang sama. so sharing kan caring..n caring itu loving. So, selamat menjadi pemandu yang LOVING :-P


Wassalam...

Friday, December 9, 2011

"Adakah Hijrah Masih Relevan?"

Assalammualaikum wbt...

Salam Jumaat...Alhamdulillah di pagi Jumaat yang mendamaikan ini, moleklah kiranya Nad berkongsi ilmu dan sedikit tazkirah yang Nad terima dari Imam Muda Hassan bersempena Maal Hijrah. InsyaAlllah.... ehemm...jadi x??jadi x Nad nak jadi alim-alim kucing cikit. hehe. Ni semua penangan IM Hassan tu la. haaa..kalau tak kenal siapa IM Hassan ni, tgk pic bwh ni or klik kat SINI.

Imam Muda Hassan (Juara Imam Muda musim Kedua)
p/s: 
de t'gelak bila nad cuba meniru gaya 'Ustazah Pilihan' :p
sumber gambar : FB beliau


Deorg bukan 4U2C. Tapi IM Hassan bersama calon-calon Imam Muda Musim Keduasumber gambar : FB Beliau
Before ni pun nad xkenal sape imam muda ni sbb nad xpernah mengikuti program realiti IM kt Astro Oasis tu. cube ckp AF ke, Mentor ke, etc nad tau la.huhu. ni gara2 nad t'lalu lagho dgn hiburan. Astaghfirullahalazim:'(
Nak dijadikan cerita, semalam nad berkesempatan lah pegi dengar ceramah perdana setelah diajak oleh kawan nad, Fad. "Adakah Hijrah Masih Relevan?" tajuk yang telah dibincangkan.
Lepas lunch kitorang terus ke Multipurpose Hall, Menara TM. Ramai sangat staff TM yang datang dengar ceramah tu. Tapi staf wanita la yg ramai. Nisbahnya 1:3 kalau nak compare dgn staf laki. Benarkah mereka datang utk menambah ilmu selain dapat menambahkan pahala datang ke majlis2 agama ini? atau mereka datang hanya utk meramaikan majlis? atau mereka datang hanya utk melihat IM Hassan secara live spt aku? Arghhhh..no no no! nad dtg mmg nak dengar ceramah agama ni sbb mama pesan kalau dlm 40 hari kite xsajikan halwa telinga kita dgn ilmu agama, pintu hati kita akan t'tutup. Sebab tu la nt diri menjadi degil, xbleh terima nasihat org, senang kata sifat-sifat mazmumah tu ada dlm diri kita. Oleh itu, nad pun pegi la dgr ceramah ni. Ceramah disampaikan oleh IM Hassan ni kira bonus la utk kitorang yang datang ni :')

Disebabkan nad n fad makan dulu before pegi majlis ni, kitorang x dpt dduk kt saff depan. tp sit ni kira orait la, dpt jgk dengar dgn jelas dgn bantuan speaker yg diproduce'n oleh TM. bodek TM nampaknya! Ceramah yang disampaikan sangatlah menarik dan x ngantuk langsung. tp sygnya kitorang dapat dgr kejap je sbbnya bru 15min syokk m'hayati, da tiba di penghujung rancangan. sgtlah x puas m'dengar. tp xpela, salah sendiri jgk sbb pegi lunch dulu. tp pape pon mmg kena utamakan makan dulu dari yg lain2.yess!

Walaupun hanya dengar 15 minit terakhir ceramah perdana "Adakah Hijrah Masih Relevan?" tu, nad dpt la jgk take noted pesanan penting dr IM Hassan ni:

Sebuah penghijrahan akan lebih bermakna jika ianya dimulakan dari mata hati - IM Hassan

Dan yang paling penting adalah, walaupun kami berada di tempat kejadian tidak lebih dari stengah jam, kami dapat....

...tangkap gambar bersama-sama IM Hassan ni..hehehe.jgn jelessss. yg tengah2 tu kwn Nad jgk, Min. jumpa kt dalam dewan ni. nak tgkap gmbor b'dua dgn IM agk sungguh kurang sopan la kan, so even tgkap pic b'3 pun xpela. three are better than two =P

Tu jela nak cite..cekian~

Assalammualaikum :)







Tuesday, December 6, 2011

Emas oh Emas!

Assalammualaikum...

Rase bagai nak tercekik and meremang bulu roma bila tengok carta tentang harga emas ni. Nad tengok kt SINI. Buat masa sekarang ni boleh dikatakan harga emas dalam range (+-) RM190 per gram. So, bermakna tahun depan kemungkinan harga emas akan terus melonjak naik dengan mendadaknya. Sebentuk cincin belah rotan pun adela dlm 5-6 gram. korang darab ler sndirik bape hrganye tu. haa..tu baru cincin utk merisik (nasib nad dah lepas fasa tu), tp nad dok memikiorkan tentang future iaitu ke alam perkahwinan plak. Bape plak la kosnya. Gurlpp! telan air liur dulu..

Nad dah request kt encik tunang macam2. problemnya si nad ni adlah bile keinginan nad akn berubah2 ikut selera. kejap nak necklace, kjap nak bracelet, kjap mintak cincin jer plak.senang2 mintak sume jela..hahaha. ingat nad kawen dgn tokei emas hape?dushh dushh! tapi bila memikirkan harga emas yang kian meningkat naik ni, nad plak rase mcm x sampai hati.so Nad bagi jer kebebasan kt incik tunang utk belikan brg kemas apa yg de nak bg time upacara akad nikah nt. memang batul kawen seumur hidup, tp tak bermaksud time kahwin ni je kite kena carik brg2 kemas yang sgt tinggi harganya. nanti lepas kahwin pun sang suami boleh bagi sang isteri barang kemas lagi kan. kenduri kahwin nad nanti nad x impikan yang besar2, yang grand2 pun. kalau boleh nad nak belanja ikut kemampuan nad dan incik tunang. yang penting tak membazir!

so the conclusion is better beli emas before next year. that means msih ada baki 25 ari lagi sebelum melangkah ke 2012. and pesanan utk encik tunang... weekend ni kite try cari ea syg..hehehe~ (gediks!)

mood : baru dpt kerja dari MrSooryaPrakash. b'pinar ler mata pasni tgk data yg diberi.huh!

ok, stop dulu...bye..

Friday, December 2, 2011

on the way...

Untuk rujukan nad dan mrJHU di masa hadapan...sumber dari SINI :))


Senarai semak bakal pengantin...



12 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Memilih tarikh untuk majlis pernikahan dan persandingan
  • Memilih lokasi majlis, waktu jamuan dan tempahan makanan
  • Menentukan gaya serta tema majlis persandingan
  • Mengaturkan bajet
  • Memilih perancang majlis perkahwinan yang terbaik dan mengikut kemampuan anda
  • Mengumpul nama tetamu
  • Memilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis
  • Memilih cincin pernikahan
  • Memilih kek pengantin
  • Memesan cenderahati untuk tetamu

5 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Menyelesaikan semua urusan persandingan(membayar deposit, pergi memilih dan mencuba kelengkapan pakaian).
  • Memilih dan menentukan semua kelengkapan perkahwinan (kad undangan, kek perkahwinan, bunga tangan, jurugambar, jurusolek dan lain-lain)
  • Menghubungi kadi dan pejabat agama Islam
  • Menghubungi saksi pernikahan
  • Membuat rawatan ke spa

2 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Menyenaraikan nama tetamu
  • Membuat perancangan majlis bersama pengacara majlis
  • Merencanakan bulan madu
  • Mengaturkan tempat tinggal saudara yang datang dari jauh
  • Memastikan rawatan spa secara intensif
  • Memastikan bunga telur dan cenderahati yang telah ditempah siap
  • Memastikan ukuran baju anda sesuai dengan bentuk tubuh anda dan pasangan

SEBULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Mula mengirim kad undangan untuk saudara jauh
  • Memastikan cincin anda dalam ukuran yang betul
  • Berbincang dengan jurufoto konsep gambar yang anda inginkan
  • Menempah penginapan untuk percutian bulan madu
  • Memastikan semua keperluan majlis perkahwinan, persandingan dan resepsi lengkap
  • Memilih muzik atau lagu ketika majlis perkahwinan berlangsung
ehemmm...dah kena start dari sekarang ni...fuhhhh~


    Wednesday, November 23, 2011

    Jacob's Weetameal free...

    As salam..

    Rindunyer nak b'blogging..huhu. agak lame nad x post entry baru, disebabkan kekangan masa (comman excuse) n juge kekangan dari diri sendiri (sbb kadar metabolisme kemalasan di thap yg tertinggi). tp siyes babe! lately ni nad teramatlah busy coz tgh running projek besaaarr punyer! maklum ler, nad dpt online time kt opis or time balik kampung jer. so bila da lame x balik kg, n bile keje menimbun kt atas meja opis, mmg tidak ler nad ada can nak update blog tercayang ini.huhu. ok, dah byk mlalut dah ni.next pls! (b'usaha utk m'explain sbb tidak m'update blog.lol :'-)

    Memandangkan nad nak pegi tkt 19 jap lg utk menunaikan kewajipan sebagai seorg muslim, elok la kiranya nad m'upload jer trus gambar. tgk pada title entry ni pun da terang lg b'suluhkan yg Nad dpt sekotak Jacob's Weetameal free. hehe.jgn jeles u all.. (padahal ade jer kot jual kt kedai runcit blakang umh tu.ape aku kisah. janji FREE!!hahaha~)


    haa....ni la yang nad dok joyahkan kat akak-akak opis lepas lunch td. cite de cmni, Jacob's ada wat promotion kt staff2 TM ni. so time lunch td sje la nak amek kesempatan dapat'n biskut free ni kt lobby ofis.n Alhamdulillah, jika da t'tulis di luh mahfuz yg nad akn dapat biskut ni sekotak, so memang nad akan dapat la kan. Qun fa ya qun. at last...ni la de....sgt t'haru.haha.(poyosssss!!poyoooss!!!)

    pose dari sudut depan plak ;p

    ni ceq nak tnya sikit ni,hangpa tau x apa benda kt atas ni? haa..ni la yg menunjukkan bacaan BMI a.k.a body mass index atau dlm bM nye....gugel la sndiri.huhu. nad td b'kesempatan la timbang berat dgn ukur ketinggian. tinggi ttp maintain, x naik, x turun (tp adekah ktinggian akn menurun?? dush!! dushh!). Tp nad ada sikit gumbira laa sbb berat badan nad naik cikit dr sebelum ni. yela, ni la azam tahunan nad tau! punye ler payah nad nak naik'n berat badan ni.huh! org lain beramai-ramai struggle nak turunkan berat bdn deorg, tp nad kena usaha lebih utk makan lebih-lebih. (apekahh??!) dan hasilnya, BMI nad hanyalah 17.4. So, still underweight :'-(

    Untuk mendapatkan berat badan yang ideal dan kesihatan  yang baik, kite perlulah mengamalkan cara pemakanan yang sihat, berpandukan pola pemakanan atau piramid makan seperti di atas (macam iklan tv da). So, lepas ni Nad kena perbanyakkan bijirin, produk bijirin (spt biskut Jacob's okayy!) dan ubi; 8-12 sajian. mak oiii! 8-12 sajian kot. huhu. ok, i'll try..n nad akn buat stok biskut Jacob's kt opis.maklumler bile nad stress nad akan lapar. n bla lapar nad leh makan. makan apa?? makan biskut Jacob's laaa....

    Okay! stop sini dulu. nak gi solat Asar, pastu balik..yahuuuuu!!

    tata...

    Tuesday, October 25, 2011

    panahan DAM HAJI

    As salam frenzs...

    Nak citer pasal last weekend nad balik johor, incik tunang pon blik gek, so we spend time together. Ptg Sabtu we move around Wetex mall kt Muar tu. Pusing punyer pusing actually xtau nak gi mne n xtau nak shopping ape.. Jln2 cari pasai n jln2 buang mse jer.. Tp tujuan utama adlah untuk b'dating di kala masa dan tika bersama. aiceh! *ayat yg sgt poyo!* So bile da xtau nk shopping ape, mula la beli mkanan ikot suka ati nk mkn ape! and tadaaa..wafito dan coolblog *mmg cool ler!!*

    choc for me n volcano white milk for him. penghilang dahagaaaa~

    plus wafito choc n coffee for us. sharing is loving.thehehe...
    Nak tau, bkn setakat itu aje kitorang beli, kitorang juge beli benda alah ni *bkn kitorg actually tp incik tunang yg beli*  tadaaa!!
    haaa..korang kenal x game ni??ni la dia yang dinamakan DAM HAJI. korang  teror x main benda alah ni?? klu stakat game angry bird je xd challenge, cer try challenge game ni plak dgn nad *cewah! bajet teror la men dam haji ni.huhu* haaa...kami pon apa lg, masing2 nak tunjuk khebatan diri yg dah lame x dicungkil. so, nad decide to choose red color sebabbb..urm..Red is energy! Red is powerful! Red is colour of blood *so watchout incik tunang!*

    dan perlawanan sengit *senget pun boleyy*  dimulakan diantaraaa.....  
    NAD(sagil) vs EN TUNANG(pt jarum laut)
    10 minit selepas perlawanan... what??! Putih menguasai merah?? lek lluuu..lek lluuu...ni slah satu strategi nk menang lerr :p

    after 30-45 minutes...ok fine! ni strategi jgk utk amek hati incik tunangg nad laaa...kan syg..wakaka~ gipun ni bru 1st try kan, blum 2nd, 3rd try ag.. No wonder la merah kecundang at the end of the game because red is the warmest of all colours. So that's why laa kan.....Nad kalah! hukhuk :(  
    reaksi incik tunang yg bangga giler lepas kalahkan Nad. xpela syg, janji owg dah dpt syg, itu pure victory meaning for me. aiceh! *sori...kepoyooan Nad t'serlah sgt arini*
    bile dah kalah, seperti biase la, ayat2 ini yang akan diungkapkan...huhu!

    and finally..
    bergelak tawe smula setelah memujuk diri sendiri. xpela, even kalah pun atleast im happy with you that always gives me joy and happiness <3 <3

    ok, tu jer nak cite.hehe.mcm gempak jer kan.haha.
    As salam..

    mood : poyo ckit plus rindu dia jgk..siyess!!

    Monday, October 24, 2011

    Happy Birthday cik Yatt!!

    As salam...

    Hye..how are you? Nad baik-baik jer...rini kureng ckit Monday blues nye sbb manager dah awal2 amek cuti. maklumler nak nyambut Deepavali bersama kluarga tecinta. so anak2 buahnye heaven la kt opis rini, termasuk ler diri ini. yahuuu! :D

    E'ea..rini 24 October kan...nak wish Happy Birthday to my BFF, NURHAYATI MUHAMAD *eja nama btul2..satgi kena marah.hehe* aka cik yatt...wishes u the best of luck and may Allah bless u.Always! Lets refresh our memory :)
    yatt! 7yrs friend till forever..
    n lupe nak ckp, thanks for become my next follower. tocei2 cik yatt :))


    my BFF..u all always at my top layer of heart *jgn igt air je ada layer tau!*
    birthday gurl wif mun, fana, n yana. 


    cyg meraka!
    mood: rase mcm nak blik ke zmn ukm. tp xnak exam, nak b'jimba2 jer~


    bye!

    Tuesday, October 18, 2011

    BBQ at Blue Lagoon, Port Dickson

    Alkisah di petang Ahad-16 October.....

    Selepas aje nad menamatkan sesi berjumpa teman2 lame di mjlis pertunangan Yana tghri tu, Nad trus b'alih arah kuar dgn incik tunang plak. Kak fieza n abg najib pun turun pD that day. Abg najib tibe2 ajak bkor2 tepi pantai *bbq*. Nad follow jer. Nasib baik ler mlm before tu nad tido umh Dee, so Nad adela bwk tshirt utk mndi laut. yeayy!

    Nak dipendekkan cite, jumpe port baik punyer kitorang trus setup khemah. Incik tunang dgn abg najib b'usaha hidupkan api utk bakor sgala ikan, hotdog,ayam, dging beger yg ada n seterusnya bleh la kami menikmati smbil hirup udara pantai.hehe.

    jeng3...ni dia hasilnya..Nad xd dlm pic ni coz nad photographernya :)

    Lepas makan2, tgu cuaca redup ckit, kitorang pe lagi trus mandi laut. Best giler!! Blue lagoon sgt cntik..air kt sane biru smpai nmpak dasar, even air paras pinggang *setelah b'usaha meredah laut smpai ke tengah*. Tempat ni sgt sesuai utk fmili b'picnic, bdk2 nak mndi laut pon mak ayh x bape risau sgt coz airnya cetek. Kitorang smpai tengah laut pon still paras pinggang jer (^_^)\/. Best sgt2...Lepas ni klu nk mndi laut lg nak lepak port situ je,sbb da tau keadaannya cane.Gi dgn mmber2 pon best nih :))

    Nad x sempat nak tgkp pic pantai..maklumler masing2 tgh basah, so males nk pgg gadget2 ni. eiceh! Korang pegi la picnic kt situ. Klu dr pekan pD, Blue Lagoon ni atas sikit dr Teluk Kemang.Klu xjumpe jgk, ape lagi gugel la..hehe..

    Ok korang, bye~

    :: YANA eDay ::

    Assalammualaikum wbt...

    Date       : 16 Oktober 2011 (Sunday)
    Time       : 1100 - 1330
    Venue    : Yana's Home, Port Dickson
    Purpose : Jumpa kawan2 seU...cik fana, Sue, Nazra; together celebrate Yana's Engagement Day :))

    sbelum ketibaan DZ n rombongannya. Yana maintain cute even dlm hati sgt nerves.hehe

    sgt cantik. sgt cute. sgt sweet. i likeee!!

    .us.

    ni la dia enDZ, tunang Yana. Congrates to both of you. Im happy for you :D

      ~ Ukhwah Yang Suci : Sahabat 5 Tahun ~
    missing in this pic : yatt, mun, norli, adah. miss u olls!
    Once again, Tahniah buat Nurliyana dan DZ! Semoga tabah menghadapi alam pertunangan, semoga dimurahkan rezeki dan jangan lupe anta kad wangi kt Nad tau. insyaAllah, taun depan kite naik pelamin together2 ea.hehe. Bak kata orang darah tengah manis, so take care :))


    Monday, October 17, 2011

    monday blues or monday blurr??

    Assalammualaikum...

    First of all nak welcoming my bestfriend since uni-hood lg, iaitu cik Fana kite kerna sggup m'klik as follower blog kesayangan ini. bertambah la lg sorang follower nad. xpe2..bak kata nad dulu, biar xrmai follower asal nad rjin m'update, biar lambat asal selamat. apekahh??huhu.

    Ok next. as per title entry, msing2 pon da tau apa yg nad nak cite kan. tp frankly speaking, arini nad siyes sgt2 mengantuks n sgt2 nak jarum pendek jam bertukar ke arah 5-6 dan jarum pnjg tepat ke arah 6. Nad ni bile tiba isnin jer ngntuk, bile ngntuk je isnin.huhu. tp bukannya sgaja pun, ni sume adlah gara2 weekend nad yg bru b'lalu ni pnuh trisi, pnuh enjoyable, pnuh dgn kaler karli *slalu sebut warna warni*, n sgt2 happening. no words can describe what happened last weekend :)). sgt letih tp berbaloi dgn Fun yg nad dpt, gelak tawe n prasaan sonok yg sgt2 best.hah.amek ko! *punyeler nak dscribe betapa bestnye weekend bru2 ni.hehe* Byk nak crita actually, ditmbah dgn pic2 yg sgt comey, tp memandangkan rini nad xbwk card reader, so ksimpulan utk arini adlah nad xdpt m'upload pic dr dlm kamera itu.sekian! huhu. Next entry insyaAllah nad akan update crita yg sptutnya nad crita skrg ni.

    k la..nak siapkan report2 sebelum ia merepotin nad nt..
    babai...

    >> xsbar nak tgk cite Soffiya kt TV3 kul 7 ni. penaik semangat aku nk tggu ke ptg.haha! (^_^)\/

    Friday, October 14, 2011

    Mood : nak MaMammmm...

    Assalammualaikum....

    Menu ari ini:-

    Breakfast : moy sup / bubur nasi + air mineral...
    Lunch  : proposed to buy nasi goreng kampung with sirap bandung.. slrrppp...*love sirap bandung so much!*
    Dinner : plan nk wat telur masak kicap..hehe *disebabkan lauk yg ada di umh adlah telur*
    Supper : air milo...sbb minum milo anda jd sihat dan kuat.yeahhhh!! (pe aku mrepek nih)

    Hrmm..disebabkan perut nad yg kini sudah bekeroncong menunggu waktu lunch tiba, maka elok lah kiranya nad m'update menu utk hari ini.hohoho. kpala sudah mau pusing juga.waduhh...

    Lambatnyerrr....stgah jam ag nak lunch hour.
    babai...

    motif>> tiada motif.huhu

    Wednesday, October 12, 2011

    bosan le plak

    As salam..hye..

    Di kala petang gini, mata pun da ngantuk..bila sudah ngantuk mula la nak wat benda2 diluar jobscope kite ni. haiii..pe nak jadi ni...mentang2 ler akak n abg opis ni cuti, so b'maharajalela ler nad m'edit foto n m'download bmcm2 software dlm laptop ni.huhu. diedit punyer edit, siapler 1,2 pic yg agk blh dibanggakan. eiceh..*bngga utk diri sndiri jela.mngaku lg byk super power hebat kt luar sna*.

    So nad pon mls nak taip byk2, biar gmbar saja yg becerita..Lets begin...

    insyaAllah :))

    Raya 2011 @ Kuala Kangsar.Perak
    Tadi pun nad ckp 1,2 je kan..so nad upload 2 pic jela..nad x tipuu...hehe.
    k la,Bos besar da msuk opis ler plak. babai..

    note: ok! nad mmg x terror edit pic :-/

    nak kurus ke kurus??

    Assalammualaikum n gud morning sume...

    Sementara xbz di opis, elok ler nad membebel kt blog ni kejap. isu yang nak dkupaskan pagi ni sebenarnye da lame nad nak post, tp asyik t'tangguh je...x lain x bukan adalah isu, "salah ker kalau aku kurus??" heh! bukan nak marah, tp hanya luahan perasaan saje..chill :))

    Terus terang nad ckp, kdg nad boring gek org2 keliling gitau benda yg nad dah tau..contohnyer cam kt bwh ni...pasni cer gitau bnda yg nad xtau plak.

    • kurusnye ko ni nad..(boringggg..common quote)
    • bile la nak gemuk..
    • kecikknya pinggang..
    • besar beg dari tuannya (dialog ni bru wujud coz lately ni nad galas beg laptop ke opis, tp beg laptop mmg la ikot standard size de kan.hrmm...)
    • ungkapan2 yang setara n sekutu dengan di atas...
    Maklum ler nad xde body yg tiptop. nad ni kurus jer orangnye. klu kurus je xpe, ni keding plak tu. hrmm...*mcm2 gelaran penah aku dpt*.Ikotkan nad malas nak jawab ckp2 kt ats tu..seperti slalu, klu ada individu yang menyuarakan camtu, nad sengih mcm kerang bucuk jela *sbb nad suka mkn kerang.tp bkn yg bucuk taw!*. tp dlm hati "mls ler nak jwb berjela2...xde effect pon"Benda ni klu jarang2 kite dgr kite leh assume as joke, tp bile dah slalu leh tercuit jgk ati yg sensitip ni. hrmmm...

    Sebenarnya org yang mcm nad ni pun xtau dah cane gayanye nak menambahkan berat badan. dah macam2 cara diaplikasikan. contohnye :
    • lepas makan terus mandi
    • makan malam lepas kul 10 (klu kt kg mmg amek dinner time supper. smpai mama pun da mls nak bsing2 dah coz nad mmg suka mkn lmbt)
    • lepas makan baring (amalan bfore jd bini org.ngehehe)
    • perbanyakkan makan nasi, sayur, ayam, etc...
    Tapi smpai ke rini xde pape prubahan pon. Last nad timbang berat nad 44kg dgn tinggi 162cm. yess! i know, mmg sgt kurus n sgt.....kurus:( Tp nak wat cane. Doc sndiri ckp, Nad ni tergolong dlm golongan org yg b'metabolisma tinggi. Maksudnya apa saje yg nad mkn akan cepat hadam smpai x sempat badan nad nak absorb khasiat2 yg ada dlm mknan tu.

    Bile di pk2 kan, ada pros n cons nya. tp nad pk positif jela. di kala org lain hanya mampu melihat mkanan kesukaan mreka didepan mata (gara2 tkut berat bdn naik), nad tanpa perlu b'pk pnjang leh trus melantak apa saje yg nad nak makan.muahahahaha..*gelak besar* Bestkan.. balik keje makan beger, lepas beger mkn nasi plak, pastu minum milo...da tiba mase, msuk tido. urmmm..mmg best.hihi(^_^). Bak kata mama, ikotkan cara pemakanan nad ni, klu org lain dah besar dah bdnnyer, tp nad maintain jer.hehe.jgn jeles :p..xpela ma...janji kakcik sihat n walafiat alhamdulillah la.. xkisah la kecik ke besar. sbb yg penting adlah kesihatan. kan :D

    Actually tujuan post ini bukanlah utk mengutuk, jauh skali melemparkan kemarahan kepada sesiapa yg pernah tgur nad sebelum ni. nad tau deorg yg slalu tgur nad syg kt nad, risau kat nad.. Nad x slahkan deorg klu nak b'gurau dgn nad cmtu, tp nad pon mnusia biasa, boleh b'gurau slagi x melebihi batasnya. kan..kan..yang penting dlm hidup ni kite jaga kesihatan, kite happy2, x mou gado2, chill jer... n lagi 1, kite njoy je sume mkanan yg ada kt depan mata kite as long as kite alert la dgn bdn kite. amalkan pemakanan yg sihat ea..nt klu da x sihat, ape pon x boleh..hukhuk.

    ok cyg2 skalian, t'pjg plak entry kali ni. maklumler, bru lepas mlantak karipap 3 biji td even prut mcm sengal2 bile mse 'itu' tiba. *karipap agi..hehe*. selamat menjamu santapan lunch anda nt. bye :)





    Friday, October 7, 2011

    karipap oh karipap!

    Assalammualaikum n  Salam Jumaat semua..

    Semoga arini kita memperoleh kerahmatan dan sentiasa berada dalam lindungan rahmatNya. Mulakan ari anda dengan sarapan pagi yang berkhasiat. mcm nad pg ni,as usual la, nad pekena karipap 3=RM1.00 yg dibeli dr stesen masjid jamek *ada vitamin B1 dr daging-khasiat ler tu*. Since nad ulang alik naik tren gi keje ni, nad msti x lupa singgah beli karipap ni. Best giler karipap situ coz still pnas2, rangup, pastu klu mkn tu rse la de punye daging. n yg lg 1, karipap ni jela yg jual 3biji=rm1.00. klu tnye kt tmpat lain skang sume jual sebijik 40cen. xker mahaii tu..Bile smpai opis jer, mmg nad trus pekena karipap ni dulu dr wat benda2 lain, smpai ofismate sndiri ckp "ko x bosan ker ari2 mkn karipap??"..nak wat cane, dah ini je yg kena dgn selera tekak den.huhu. kpd akak opis, yela2..nxt time nad beli roti lak ke, kuih lain lak ker..ea..ea...*tp karipap ttp dihatiku.eiceh!*

    karipap oh karipap!







    k la..nad nak smbung mkn lg 2 bijik ni. slamat bertugas korang. daa~

    Thursday, October 6, 2011

    Pack schedule

    Assalammualaikum wbt...
    Selamat pagi..

    Nad ni asyik ler tukar2 template page ni kan.hehe. biasela..bile xde keje di opis, tgn mule la gatai nak mekap2 ckit blog kesayangan nih. pastu bile tgk view page yg cute miut kt internet, mule ler nak stat m'download n apply kt blog sndiri ni. n ini la hasilnye. tp actually page ni still under construction ag, coz nad still xpuas ati ag dgn hsil kerja nad semalam. yela, nad x terer bab2 m'mekap'n blog ni. so kena take time ckit. blaja one by one :)

    Rini da kamis, sok jumaat..pastu sabtu..yahooo!! x sabarnye nak tgu weken ni. *urm...apa yg best ek wekend ni slain xyah b'sesak2 dlm tren nk gi keje*..wekend ni nak gi jumpe incik tunang la, tu pun klu b'kesempatan. mngu ni incik tunang busy giler, asyik jer kena gnti shift org lain sbb org lain tu kena pi kursus. cian incik tunang:(. nad la jd tmpat mengadu penat lelah dia tu..mne xnya, schedule de cmni; rini keje 16 jam(8am-12am), sok keje pg, pastu lusa 16 jam ag. huh! b'hempas pulas incik tunang nak cri duit wat knduri. xpe syg, no matter what, im always support you!! chaiyokk2..

    k lah.nad nak menikmati karipap yg nad beli kt msjid jamek td..selamat bertugas u olls..

    bye~