Followers

Pages

Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Tuesday, May 29, 2012

Cerita Bulan Mei

Assalammualaikum wbt..


Hokehh Nad sekarang memang sangat malas update blog. Orang lain ada blog, Nad pun sibuk nak ada jugak. tapi Nad tak rajin update macam blogger-blogger lain tu. Maklumla, nad hanya sekadar blogger picisan di tepi jalan. ewah! Boleh gitu.Sebelum tu, kita tengok dulu tinggal bape hari.hehe *hatiberdebar*

Daisypath Wedding tickers
Ada lagi 3 bulan 2 hari. Lambat lagi kot (saje nak sedapkan hati). So far persiapan yang telah dibuat sudah menjangkau ke 75%. Kot! (bape byk kot la kou nak letak hah). Antara to-do-list yang dah kami (selaku pengantin laki n pompuan) settlekan adalah seperti berikut :

  • Photographer (will update the vendor's name soon. already forgot the name coz mr Piyoncee yg settle'n bab ni.hihi)
  • Rawatan muka dan badan dengan Jinho Beauty (muka mau kasi licin dan badan mau kasi itu gebu maa) 
Untuk bakal mempelai, cuba klik kat pautan web ni, Setel Kahwin. Laman web ni sangat sesuai untuk dijadikan sebagai panduan dan rujukan terutamanya dari segi budget, to-do-list, waktu untuk bertindak, tempat rujukan dan sebagainya. Senang kata, from A to Z pasal persiapan perkahwinan semua ada lah. Kalau tak caye cer try klik sini. 

Friday, April 13, 2012

4 months, 2 weeks...Behind the Scene

Assalammualaikum wbt...

Selamat hari Jumaat. Yeayy! Rini dah Jumaat. Minggu ni rasa macam lama sangat. Maybe sebab ritu cuti di tengah-tengah minggu sempena pertabalan Sultan. Daulat Tuanku! Even cuti sehari pon, nad tetap pulang ke kampung halaman. Maklum la, da dekat kan:). Buat pengetahuan, nad sekarang dah x keje di kL. sekarang ni nad bekerja di Seremban, so thats why la ritu nad survey kad kwen kt Seromban tu. Nad pindah kerja ni pon atas sebab utama yang InsyaAllah nad akan menjadi pemastautin tetap di Port Dickson selepas sah bergelar Puan nanti. Sebabnya en tunang kan kerja kat pD, so dia pon da dapat rumah kat sana, tu yang kami decide untuk stay sana lepas wedding. Nanti korang picnic kat pD leh la dtg singgah umah kami...tp lepas bulan Sept nt la.hehe :D

Mase cuti ari Rabu ritu, settle beberapa to-do-list nad iaitu parents nad n parents en tunang berdiskusi. Tepat jam 12 tghri bakal mak n pak mentua tiba. Nad pun dengan ala ala segan silu sopan gitu melayan la deorang di tambah pula dengan hidangan air oren sejuk (sbb tghari dah kan, so better wat air sejuk) dan kuih beserta kek. Tengs soo much to Abah coz pagi-pagi abah dah keluar pegi cari kuih-muih bagai, sbb dah tau parents en tunang nak datang. So lbih kurang sejam jgk deorang berdiskusi, time tu nad kat dapur. Masak. Konon-kononnya nak tunjuk rajin le tu, padahal ritu nad masak simple jek! *usah ditanya nad msk ape yer.huhu. Lepas sembang-sembang tu, nad pun jemputlah mereka lunch bersama. Alhamdulillah, even masakannya simple tahap dewa, pok mentua i suke taww. hah! da dpt lagi 1 bintang.ewah. Sila sengihhh sekarang. Lepas makan mereka pun berangkat pulang. fuh! leganya rasa bila 1 dah settle. So confirmation mengenai beberapa perkara (hal-hal kenduri kendara, akad nikah sgala bagai) pon dah dapat, kite teruskan lagi ke langkah seterusnya.

Petangnya, Nad n mama pegi ke butik pengantin lain plak. Before ni memang nad dan en tunang dah book Butik Andaman Pengantin Remaja (BAPR) tp mama x bape nak berkenan lak dengan baju yg ada di situ. So untuk tidak menghampakan mama tersayang, haruslah ke butik pengantin lain plak, iaitu Eyzmiea Andaman. Person in charge butik ni adalah Kak Mie. Kak Mie sangatlah peramah n sangat membantu dari segi arrangement masa *estimate je dulu*, curahan idea dan open minded. Biaselah, nama pon wedding planner, haruslah begitu kan. So itu ini, nad pon booking terus dengan butik ini plak, dengan persetujuan en tunang. As the result, wedding planner di sebelah pengantin lelaki diprovide'n oleh BAPR dan pengantin perempuan oleh Eyzmiea Andaman. Xpela, kami memang suka m'support industri butik pengantin di area Bukit Gambir ni. Betul kan sayangg :-p

So even cuti sehari, dah dapat setlle'n beberapa to-do-list persiapan kami (more than one, can be consider as beberapa). Ok, nak lunch dulu. Bye :)

Salam.


Thursday, April 5, 2012

4 months, 3 weeks... Behind the Scene

Assalammualaikum..

Sebenarnya tak tahu nak start dari mana, and tak tahu nak tulis cerita yang mana satu. Since last entry last month, byk sgt peristiwa2 n kenangan manis yang meninggalkan kesan dalam diri nad. ewah. mcm penulis novel lak kan.wat daa~

Urmm.. dalam byk2 topik, nad sgt interested pada cerita persiapan perkahwinan. hehehe. Sori la girls tapi sekarang ni nad semacam excited wat persiapan perkahwinan yang bakal menjelang tak lama lagi. Utk pengetahuan, ada lagi 4 bulan sebelum menjelang hari itu. Minus sebulan sbb bulan puasa, so tinggal 3 bulan la. *suke-suke jer nak tolak bln puasa kan*. So far dari segi financial, Alhamdulillah Allah murahkan rezeki kami. Berkat tujuan kami yang ingin mendirikan masjid, InsyaAllah. Memang pada mulanya, bila di calculate'n budget segala expenses yang harus / PERLU disediakan adalah amat besar, tp sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah dan Dia yang menurunkan rezeki untuk hamba-hambanya. Oleh itu, kita sebagai hambanya haruslah tetap bersyukur dengan rezeki yang diberikan even sekecil zarah sekali pun. Motivasi hari ini yer :)

Setelah booking our wedding planner and tempah baju nikah ritu, kitorang pun dah start cari quotation price utk wedding card kami. So far, nad dah aim satu kedai ni kat Seremban. Nama kedai tu Fine Graphic. Nad dah survey2, tp tanpa incik tunang la. Tapi bila nad gitau expected price kt kedai tu, incik tunang pun mcm setuju je dgn nad. Tu baru nad cerita verbal jer, blom lagi dia tgk and lihat dgn mata kepala sendiri. *bajet strategi promo nad kpd incik tunang berjaya lah.hihi*. Kad kawen yang diproduce'n adalah sgt cantik dan b'kualiti (kertas keras), even guna 1 color nye punn.. Juga boleh didapati dengan harga serendah 30cen utk tempahan sebanyak 1000pcs. Utk pembelian kad yg harga 70cen utk tempahan 1000pcs, akan free bunting. Ok lah kan. Pada nad, kad kawen ni x gunakan belanja yg besar, kite boleh reduce'n harga utk topup pada perbelanjaan2  yg lain. Bukan kedekut, tapi shopping secara berhemat. ewah! Wateverpon kena discuss dengan person in charge kad kahwin tu :)

Lepas ni, tunggu parents kami lak wat discussion. Discussion is about 'orang-orang lama' tapi yang pasti mestilah ada kaitan dgn kenduri kami. Mael vs Wak Kamso. who the winner? hahaha. tipulah! mane ada vs-vs ni, nad saje je nak bikin cuakk kan. Just sit and let them decide what to do etc...etc...

Ok lah, to be continue

Bye! As salam.


Monday, February 20, 2012

6 months, 1 week... Behind the Scene

Assalammualaikum wbt..

Holla holla holla...


Baru je lepas layan page kad kawen kt mukabuku. Sangatlah rambang mata n xtau yg mana satu idaman qalbu. Haruslah b'bincang dgn incik tunang dulu before buat pilihan kan. Idea de pon kena diamek kira jgk, nt majuk lak de.huhu

Last weken nad kan balik kg kan..Alhamdulillah, kami (nad n incik tunang) dah tick beberapa to-do-list dlm checklist perkahwinan kami. ewah! excited kan kitorang. Majlis dijangka akan berlangsung 6 bulan dari sekarang tp kitorang dah kerah tenaga dari sekarang bagi merealisasikan impian kami tu. Maklum la, majlis kitorang tu b'langsung time raya, so adalah sgt sibuk time tu. Dengan nak rayanya lagi, nak puasa lagi. Time puasa confirm2 la penuh dgn aktiviti bg menambahkan pahala kan.insyaAllah, Aminnn... The point is kitorang xnak wat kerja last minute. Nt mesti ade yang miss. Itu xdela, ini xtmpah la, plus itu ini yg akan memeningkan kepala bakal pengantin yg akhirnya membawa kesan buruk kepada majlis, keadaan jadi huru hara, pengantin stress, pastu sesi photography pun akan jd x cntik sbb muka pengantin yg sgt ltih+stress dgn keadaan mjlis yg x sempurna.haaa! hamek kau. Smpai situ tau nad pk kesan2nya. Eish, nauzubillah! So, kite relax2 prepare hokehh, chill2 x mow seteresss-seteresss (^_^)\/

Benda yang nad dah suku setel (adekah pekataan ini??) adalah:

  • Booking date dengan our wedding planner (Butik Andaman Pengantin Remaja)
  • Anta baju nikah to our tailor (De SH Boutique)
Actually, bab booking-membooking ni pon kena ada dlm to-do-list sbbnya klu kite x book, mmg ssh la nak dijadikan cerita. Masa nak m'booking tu pun jgn pakai ayaq liuq ja. Haruslah menyediakan bberapa % duit muka utk btul2 book hokey!(mcm nak beli keta tue). Then haruslah get clear dgn wedding planner korang. Korang tnya jer apa yg t'buku di hati smpai korag btul2 puas hati. Pasal tema, nak pelamin yang cane, baju sanding cane tu sume bleh diupdate dgn wedding planner korang dr masa ke semasa. Yang penting book tarikh b'sejarah korang tu dulu. Mcm kes nad, nsib ler nad sempat book date sbbnya 1 Sept (kenduri umh nad) tu mak andam ada job kt tmpat lain. Nasib baik la event lg 1 tu kt Sagil, so dekat dlm area umh nad gek.

Pasal nak anta tempahan baju nikah, disebabkan kitorang punya wedding time raya, so confirm la mana2 tailor pun akan stop amek tempahan before bln puasa. So, bg mengelakkan baju nikah kami x siap di hari kejadian, kami pun decide utk tempah baju seawal mungkin. Pasal fitting baju tu nad x berapa nak risau sgt. Maklum la badan nad ni maintain cenggini dr dulu kini dan selamanya. cewah! cuma bdn incik tunang jela, tp tu pon nad x brapa nak risau sgt, klu bdnnya naik or trun sikit, our tailor leh edit balik bju tu sikit2. setakat nak kecik/besar'n bju, it juz a small matter laa to them. ehemmm :)

Satu nad nak highlight kan, lepas korang da byar deposit kt korang punya vendor tu, jgn lupa take note n simpan resit as black n white. Nanti leh wat rujukan n budget bape byk yg korang dah bayar and bape lagi balance yg perlu dibayar. Yang penting jgn biar diri korang ditipu oleh vendor dlm bab bayaran ni. So, kena remind'n diri sendiri jgk la sbb byk keje lagi yang akan menysul lepas ni. 

Ok, cukuplah tips utk ari ini.ewahh! poyo lak nad ni.huhu. Pasni nad update lg kisah persiapan hari bersejarah kami lg, okey :))

Love u gurlz for reading this till end~ 

Mmmuahhh...

Salam

Monday, January 30, 2012

entry layan diri...

Assalammualaikum wbt...

Lame tak update. kali ni nad xnak bagi alasan nape x update, sbb xde sape sgt pun yg bace blog nad ni.kihkihkih. yg pasti, tujuan nad tulis ni pon (taip sebenarnya) adalah utk bacaan peribadi di hari tua aka future nt. when times goes around, kite bce balik entry2 lame rase mcm best jer.

Perasaan nad sekarang dan tika ini adalah sangat2 excited, lega, a bit nervous, etc, etc..ssh la nak gambarkan apa yg nad rasa skrg ni. yg pasti, apa yang belum dikenalpasti sebelum ni sudah pon dikenalkan. apakah? mmg niat nak peningkan kpala si pembaca. pendek kata, skrg ni nad dah tahu tarikh keramat yang bakal merubah hidup nad selamanya, iaitu tarikh pernikahan nad. urm...hasil perbincangan kedua2 mempelai (it refers to me n my fiyoncee la) n persetujuan org tua kami, kami sepakat utk memilih 31st August 2012 as our solemnization day:). so kpd yg berkenaan, please save ur date! highlight sikit dgn kaler pink kt calender korg tu yer:p

tau x cane perasaan nad skrg? tingal lg 7bln 1ari lg before im become someone wife. kdg terasa mcm diri ni not matured enough, tp bile di campur tolak darab bahagi tang umoq tu, mmg da sesuai kawen dah. urmmm...believe with myself! i can do it! nad boleh hadapi hari yang mendatang dgn tenang; bagi mengecapi kehidupan yang bahagia. yayy! yg pasti n yakin, nad nak bina keluarga dgn mr fiancĂ©e, nak metraikan percintaan kami dgn ikatan perkahwinan. urm..layankan jela..tajuk pon entri layan diri...

xtau la nape dgn mood rini, mcm b'angin2 sepoi bahasa.tp bukan nak marah org pon, jus mcm nak melayan jiweng karat pada si dia.. urm..sabaq2. still in counting days..owh!! no wonder la dlm counting days, da ujung bln rupenya. (ok, lupakan pada statement yg memeningkan pale ini).

jumpa di entry lain time mood nad dah x swing2 cam rini lg kay!

pssstt...tp pasal solemnization date nad dgn en tunang tu betul2 punya kejadian. bukan mood swing-swing around okay!

daa...thanx coz sudi mlayan...mmuahhh~

Tuesday, December 6, 2011

Emas oh Emas!

Assalammualaikum...

Rase bagai nak tercekik and meremang bulu roma bila tengok carta tentang harga emas ni. Nad tengok kt SINI. Buat masa sekarang ni boleh dikatakan harga emas dalam range (+-) RM190 per gram. So, bermakna tahun depan kemungkinan harga emas akan terus melonjak naik dengan mendadaknya. Sebentuk cincin belah rotan pun adela dlm 5-6 gram. korang darab ler sndirik bape hrganye tu. haa..tu baru cincin utk merisik (nasib nad dah lepas fasa tu), tp nad dok memikiorkan tentang future iaitu ke alam perkahwinan plak. Bape plak la kosnya. Gurlpp! telan air liur dulu..

Nad dah request kt encik tunang macam2. problemnya si nad ni adlah bile keinginan nad akn berubah2 ikut selera. kejap nak necklace, kjap nak bracelet, kjap mintak cincin jer plak.senang2 mintak sume jela..hahaha. ingat nad kawen dgn tokei emas hape?dushh dushh! tapi bila memikirkan harga emas yang kian meningkat naik ni, nad plak rase mcm x sampai hati.so Nad bagi jer kebebasan kt incik tunang utk belikan brg kemas apa yg de nak bg time upacara akad nikah nt. memang batul kawen seumur hidup, tp tak bermaksud time kahwin ni je kite kena carik brg2 kemas yang sgt tinggi harganya. nanti lepas kahwin pun sang suami boleh bagi sang isteri barang kemas lagi kan. kenduri kahwin nad nanti nad x impikan yang besar2, yang grand2 pun. kalau boleh nad nak belanja ikut kemampuan nad dan incik tunang. yang penting tak membazir!

so the conclusion is better beli emas before next year. that means msih ada baki 25 ari lagi sebelum melangkah ke 2012. and pesanan utk encik tunang... weekend ni kite try cari ea syg..hehehe~ (gediks!)

mood : baru dpt kerja dari MrSooryaPrakash. b'pinar ler mata pasni tgk data yg diberi.huh!

ok, stop dulu...bye..

Friday, December 2, 2011

on the way...

Untuk rujukan nad dan mrJHU di masa hadapan...sumber dari SINI :))


Senarai semak bakal pengantin...



12 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Memilih tarikh untuk majlis pernikahan dan persandingan
  • Memilih lokasi majlis, waktu jamuan dan tempahan makanan
  • Menentukan gaya serta tema majlis persandingan
  • Mengaturkan bajet
  • Memilih perancang majlis perkahwinan yang terbaik dan mengikut kemampuan anda
  • Mengumpul nama tetamu
  • Memilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis
  • Memilih cincin pernikahan
  • Memilih kek pengantin
  • Memesan cenderahati untuk tetamu

5 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Menyelesaikan semua urusan persandingan(membayar deposit, pergi memilih dan mencuba kelengkapan pakaian).
  • Memilih dan menentukan semua kelengkapan perkahwinan (kad undangan, kek perkahwinan, bunga tangan, jurugambar, jurusolek dan lain-lain)
  • Menghubungi kadi dan pejabat agama Islam
  • Menghubungi saksi pernikahan
  • Membuat rawatan ke spa

2 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Menyenaraikan nama tetamu
  • Membuat perancangan majlis bersama pengacara majlis
  • Merencanakan bulan madu
  • Mengaturkan tempat tinggal saudara yang datang dari jauh
  • Memastikan rawatan spa secara intensif
  • Memastikan bunga telur dan cenderahati yang telah ditempah siap
  • Memastikan ukuran baju anda sesuai dengan bentuk tubuh anda dan pasangan

SEBULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Mula mengirim kad undangan untuk saudara jauh
  • Memastikan cincin anda dalam ukuran yang betul
  • Berbincang dengan jurufoto konsep gambar yang anda inginkan
  • Menempah penginapan untuk percutian bulan madu
  • Memastikan semua keperluan majlis perkahwinan, persandingan dan resepsi lengkap
  • Memilih muzik atau lagu ketika majlis perkahwinan berlangsung
ehemmm...dah kena start dari sekarang ni...fuhhhh~