Followers

Pages

Thursday, December 22, 2011

Holi..Holi..HoliDay!!

Assalammualaikum wbt..

Sejuknya rini kat opis. adakah disebabkan oleh ekon itu, atau keadaan diri ini yg tak berapa nak sihat. Adehhh...bile la cik batuk ni nak kuar dr jasad ini. da letih ni. msuk mngu ni, da 4 mngu=sebulan nad batuk. ritu macam da nak sihat, tp bile dtgnya selsema, cik batuk pon mcm trus nak b'kepit dgn diri ini. adoyaiiii :'(

Bukannya apa, nad ni sebenarnya nak enjoy puas2 weekend ni, so thats why la nad sgt m'harapkan kesihatan tubuh badan yg maksimal. citenya weekend ni (23hb-25hb) nad nak join famili trip ke Gorek Bay, Mersing. siap apply cuti smpai 2 hari. hamek ko! persetankan pada selsema dan batuk yg melanda. actually start esok ada Famili Day Supaat Samsuri (adik bradik mama). sbb tula nad menaruh harapan tinggi utk m'dapat kesihatan yg baik, atleast kasi batuk ni hilang.huhu. mcm ler batuk ni leh ilang sekelip mata.

Bila ditengokkan pada tentatif yg telah dirangka oleh paktam tersayang, mmg pack dgn aktiviti2 yg berfaedah (skemanya ayat). actually famili day ni penuh dgn aktiviti yg sgt best, best and BESTTT.apekah? Berikut adalah aktiviti yg bakal dijalankan :

Jumaat <23/12/11>
Perjalanan ke Gorek Bay,Tanjung Resang,Endau, Mersing
Dinner (Surprise party for my beloved parents due to 31st Wedding Anniversary) alamak..adiah xbeli agi!

Sabtu <24/12/11>
Tele match
Bola tampar pantai
Rekreasi pantai
BBQ
Karaoke (nak take part, tp suara pon mcm segan nak kuar jer)

Ahad <25/12/11>
Mandi laut / sukan laut
Penyampaian hadiah
Lucky draw

Yang merisaukan skrg ni adalah tgh musim ujan. so jom la kite doa brmai2 semoga kt sana nt cuaca baik-baik molek gitu! Aminn. Kalau ujan jwbnye kena wat indoor activity jela such as main dam haji ke, jutaria ke, main BINGO sesama family ke :') Sebenarnya nad sgt excited nak pegi coz kemungkinan besar ni last event family nad as bachelor. Memandangkan event ni dah diklasifikasikan sebagai annual event maybe next event nad still akan attend but with my beloved husband, insyaAllah. So, ni last chance nad nak berjimba-jimba dgn family as single daughter (even diri sudah menjadi fiyonce org.huhu). btw, xkisah la pape pon, yg penting kita ENJOYYY!

Salam.





Wednesday, December 21, 2011

Doa Rabu

Assalammualikum wbt...

Perginya batuk, datang pula selesema.Haishhh..lepas satu, satu... namun diri harus bersyukur, menyedari Allah sangat menyayangi diri ini, tatkala nikmat kesihatan diri diambil sedikit demi menghapuskan dosa-dosa kecil. Alhamdulillah...


Dengan asma Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang


Ya Allah, sampaikan selawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Segala puji bagi Allah, Yang menjadikan malam sebagai pakaian dan tidur sebagai peristirahatan dan siang sebagai saat bertebaran. 


Segala puji bagi-Mu, Kau bangkitkan aku dari tidurku,Kalau Kau kehendaki, Kau jadikan tidurku tidur abadi, tanpa hentiMilik Allah, makhluk tak terhitung. 


Ya Allah, bagi-Mu segala pujiKau ciptakan, Kau takdirkan, Kau tentukan, Kau matikan, Kau hidupkan, Kau sakitkan, Kau sembuhkan, Kau selamatkan, Kau hancurkan.


Di atas singgasanaMu Kau bertahta Di atas kerajaanMu Kau berkuasa. 
Kusampaikan padaMu doa orang yang lemah tenaganya, yang putus kekuatannya, yang dekat ajalnya, yang mendunia hasratnya, yang berat keperluannya akan rahmatMu,yang besar deritaNya kerana dosa-dosanya, yang banyak jatuhnya dan gelincirnya,yang terpusat padaMu saja taubatnya.


Sampaikan selawat kepada Muhammad penutup para nabi serta ahli baytnya yang baik dan suci. Curahkanlah padaku syafaat Muhammad saw. Janganlah Kau jauhkan aku dari persahabatan dengannya. Sungguh, Engkaulah Yang Terkasih dari segala yang mengasihiYa Allah, tetapkanlah bagiku empat hal pada hari Rabu:


-Jadikanlah kekuatanku untuk taat kepadaMu
- kerajinanku untuk beribadah kepadaMu,
- kedambaanku untuk memperoleh ganjaranMu,dan 
- keenggananku terhadap apa saja yang mengundang kepedihan siksaMu


Sungguh, Engkaulah pemberi karunia kepada orang yang Kau kehendaki.


Doa ini adalah doa Imam Ali Zainal Abidin (sa) salah seorang cucu Rasulullah saw
(kitab Mafâtihul Jinân, kunci-kunci surga, bab 1, pasal 3)

Wednesday, December 14, 2011

pesanan ikhlas buat pemandu di Malaysia

Asslammualaikum wbt...

Cane ari anda? Baikkah? Sihatkah? nad plak almost 95% recovered from batuk. Lagi 5% kadang-kadang ada jgk terasa gatai tekak, n kembali batuk2 manja gitu. Tp alhamdulilah, setelah hampir 3 minggu bertarung nafas dan m'habiskan 3 botol ubat, idup nad kini kembali sihat seperti sedia kala. Syukur Alhamdulillah~

Di sini, nad dengan sukerala hati nak buat ape nak menyaound (present tense utk 'sound') la kpd pemandu-pemandu di Malaysia ni, xkira la laki ke pompuan, xkira bangsa, agama o warna kulit biru, hitam, putih ker, xkira umur, pangkat dan darjat, xkira bwk keta besar, kecik, separa kecik ker...okayy next!

Wahai pemandu-pemandu yang dihormati...tolonglah...


  • bagi signal kanan atau kiri sebelum m'belok. kalau boleh agak2 dlm 5saat before nak belok tu tolong la pasang lampu isyarat tu yer.please lah.. xrugi apa2 pong. untung lagi ada :))

  • jika anda drive pada waktu malam, tolonglah jangan nyalakan lampu 'high beam' jika ada kenderaan lain yang melalui jalan yang sama. ini akan menyebabkan pemandu lain silau lalu menganggu penglihatan mereka. tolong la prihatin bab ni. sebab nad slalu m'alami situasi cmni. (sgt sakit hati bila alami situasi cmni sbb keadaan mata yg rabun, n power silau yg agk tinggi)
silau kot mata klu tgk cahaya yg cmni.huh!
sumber pic: Google
  • bila kat highway tolong la jgn cucuk-cucuk angin kt blakang kereta lain ye. slalunya yg kerap jadi mangsa adalah pemandu wanita. bila nmpak je si driver nya seorg wanita, mula la nak cucuk-cucuk angin (klu bleh nak cium trus bontot keta depan).konon-kononnya nak tunjuk hebat or x sbor2 nak memotong. in case ada emergency break ke apa, xker x sempat nak ngelak. xpasal2 berlakunya excident. ishh..nauzubillah! 
kalau ko mmg nak race pon, pegi ler kt litar sepang tu! haihh..mengeluh lagi :(
sumber pic : Google

  • bila paking kt mne2 carpark tu, tolong la jgn amek space smpai 2 kotak paking. prihatin la sikit kt pemandu lain yg nak paking jgk. mse amek lesen dulu pon dah diajar kan cane nak paking, n dlm silibus pun xde lak suh paking smpai 2 kotak kan. ingat! org yg tamak slalu rugi. so sendiri mahu engat lah kan...
kalau masing-masing paking ikot kotak, kan cantik susunannya :))
sumber pic : Google
  • bile dah elok paking lak, ingatkan kt diri sendiri/ahli kelurga anda/penumpang anda, bila nak bukak pintu tu tlg la berhati-hati. jgn bukak pintu smpai kena pintu kereta sebelah. trus calar keta sebelah. x ker bengang empunya kereta tu. punye la dijaga-jaga, disayang-sayang x bg calar, tup2 org lain yang calarkan. mmg nak berapi jer la rasenya kan. maklumler, kotak paking kt M'sia ni almost sumenya rapat-rapat belaka. so berhati-hatilah time nak bukak pintu tu yer..
  • kalau dalam traffic jam, bertimbang rase la sikit. semua orang pun bengang kalau jem. so bila ada yang da bg signal utk nak ubah haluan tu, driver lain bg ler can. jgn la ego sgt. org tu dah 10min bg signal pon, msing2 xnak bg laluan jgk ke. hrmmm.. kalau masing2 b'timbang rasa n ada sikit sabar dlm diri masing2 mungkin kita boleh elak dari kecelakaan. so peace yaww!
  • tolong prihatin jgk pada kenderaan yg b'cc kecik ni. maklum la, bila kereta cc nya kecik, power pun kurang la klu nak compare'n dgn BMW, Merz, Camry, Honda,Cefiro dll yg da sah2 cc 2.0-3.0 bagaiiii...mmg x t'kejar la kan. so bile nmpak si cc kecik ni t'kedek-kedek potong kenderaan lain, si cc besar ni tolongla jgn nak b'highbeam2 sume. Kitorang pun tau ko nak lalu. tp sabor ler sikit! (salah seorg pengguna kenderaan cc kecik:'-)
Setakat ni dulu lah nad m'komplen/ bg pendapat/ m'bebel/etc. Mungkin buruk di mata nad tapi baik di mata org lain. tapi masing-masing punya pendapat masing-masing. Mungkin nad pon pernah jugak menimbulkan perasaan marah terhadap pemandu lain tanpa pengetahuan nad kan. cume yang penting, perasaan bertimbang rasa tu perlu ada n jgn biarkan perasaan ego menguasai diri dikala anda memandu. yang pasti, kita guna jalanraya yang sama. so sharing kan caring..n caring itu loving. So, selamat menjadi pemandu yang LOVING :-P


Wassalam...

Friday, December 9, 2011

"Adakah Hijrah Masih Relevan?"

Assalammualaikum wbt...

Salam Jumaat...Alhamdulillah di pagi Jumaat yang mendamaikan ini, moleklah kiranya Nad berkongsi ilmu dan sedikit tazkirah yang Nad terima dari Imam Muda Hassan bersempena Maal Hijrah. InsyaAlllah.... ehemm...jadi x??jadi x Nad nak jadi alim-alim kucing cikit. hehe. Ni semua penangan IM Hassan tu la. haaa..kalau tak kenal siapa IM Hassan ni, tgk pic bwh ni or klik kat SINI.

Imam Muda Hassan (Juara Imam Muda musim Kedua)
p/s: 
de t'gelak bila nad cuba meniru gaya 'Ustazah Pilihan' :p
sumber gambar : FB beliau


Deorg bukan 4U2C. Tapi IM Hassan bersama calon-calon Imam Muda Musim Keduasumber gambar : FB Beliau
Before ni pun nad xkenal sape imam muda ni sbb nad xpernah mengikuti program realiti IM kt Astro Oasis tu. cube ckp AF ke, Mentor ke, etc nad tau la.huhu. ni gara2 nad t'lalu lagho dgn hiburan. Astaghfirullahalazim:'(
Nak dijadikan cerita, semalam nad berkesempatan lah pegi dengar ceramah perdana setelah diajak oleh kawan nad, Fad. "Adakah Hijrah Masih Relevan?" tajuk yang telah dibincangkan.
Lepas lunch kitorang terus ke Multipurpose Hall, Menara TM. Ramai sangat staff TM yang datang dengar ceramah tu. Tapi staf wanita la yg ramai. Nisbahnya 1:3 kalau nak compare dgn staf laki. Benarkah mereka datang utk menambah ilmu selain dapat menambahkan pahala datang ke majlis2 agama ini? atau mereka datang hanya utk meramaikan majlis? atau mereka datang hanya utk melihat IM Hassan secara live spt aku? Arghhhh..no no no! nad dtg mmg nak dengar ceramah agama ni sbb mama pesan kalau dlm 40 hari kite xsajikan halwa telinga kita dgn ilmu agama, pintu hati kita akan t'tutup. Sebab tu la nt diri menjadi degil, xbleh terima nasihat org, senang kata sifat-sifat mazmumah tu ada dlm diri kita. Oleh itu, nad pun pegi la dgr ceramah ni. Ceramah disampaikan oleh IM Hassan ni kira bonus la utk kitorang yang datang ni :')

Disebabkan nad n fad makan dulu before pegi majlis ni, kitorang x dpt dduk kt saff depan. tp sit ni kira orait la, dpt jgk dengar dgn jelas dgn bantuan speaker yg diproduce'n oleh TM. bodek TM nampaknya! Ceramah yang disampaikan sangatlah menarik dan x ngantuk langsung. tp sygnya kitorang dapat dgr kejap je sbbnya bru 15min syokk m'hayati, da tiba di penghujung rancangan. sgtlah x puas m'dengar. tp xpela, salah sendiri jgk sbb pegi lunch dulu. tp pape pon mmg kena utamakan makan dulu dari yg lain2.yess!

Walaupun hanya dengar 15 minit terakhir ceramah perdana "Adakah Hijrah Masih Relevan?" tu, nad dpt la jgk take noted pesanan penting dr IM Hassan ni:

Sebuah penghijrahan akan lebih bermakna jika ianya dimulakan dari mata hati - IM Hassan

Dan yang paling penting adalah, walaupun kami berada di tempat kejadian tidak lebih dari stengah jam, kami dapat....

...tangkap gambar bersama-sama IM Hassan ni..hehehe.jgn jelessss. yg tengah2 tu kwn Nad jgk, Min. jumpa kt dalam dewan ni. nak tgkap gmbor b'dua dgn IM agk sungguh kurang sopan la kan, so even tgkap pic b'3 pun xpela. three are better than two =P

Tu jela nak cite..cekian~

Assalammualaikum :)







Tuesday, December 6, 2011

Emas oh Emas!

Assalammualaikum...

Rase bagai nak tercekik and meremang bulu roma bila tengok carta tentang harga emas ni. Nad tengok kt SINI. Buat masa sekarang ni boleh dikatakan harga emas dalam range (+-) RM190 per gram. So, bermakna tahun depan kemungkinan harga emas akan terus melonjak naik dengan mendadaknya. Sebentuk cincin belah rotan pun adela dlm 5-6 gram. korang darab ler sndirik bape hrganye tu. haa..tu baru cincin utk merisik (nasib nad dah lepas fasa tu), tp nad dok memikiorkan tentang future iaitu ke alam perkahwinan plak. Bape plak la kosnya. Gurlpp! telan air liur dulu..

Nad dah request kt encik tunang macam2. problemnya si nad ni adlah bile keinginan nad akn berubah2 ikut selera. kejap nak necklace, kjap nak bracelet, kjap mintak cincin jer plak.senang2 mintak sume jela..hahaha. ingat nad kawen dgn tokei emas hape?dushh dushh! tapi bila memikirkan harga emas yang kian meningkat naik ni, nad plak rase mcm x sampai hati.so Nad bagi jer kebebasan kt incik tunang utk belikan brg kemas apa yg de nak bg time upacara akad nikah nt. memang batul kawen seumur hidup, tp tak bermaksud time kahwin ni je kite kena carik brg2 kemas yang sgt tinggi harganya. nanti lepas kahwin pun sang suami boleh bagi sang isteri barang kemas lagi kan. kenduri kahwin nad nanti nad x impikan yang besar2, yang grand2 pun. kalau boleh nad nak belanja ikut kemampuan nad dan incik tunang. yang penting tak membazir!

so the conclusion is better beli emas before next year. that means msih ada baki 25 ari lagi sebelum melangkah ke 2012. and pesanan utk encik tunang... weekend ni kite try cari ea syg..hehehe~ (gediks!)

mood : baru dpt kerja dari MrSooryaPrakash. b'pinar ler mata pasni tgk data yg diberi.huh!

ok, stop dulu...bye..

Friday, December 2, 2011

on the way...

Untuk rujukan nad dan mrJHU di masa hadapan...sumber dari SINI :))


Senarai semak bakal pengantin...



12 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Memilih tarikh untuk majlis pernikahan dan persandingan
  • Memilih lokasi majlis, waktu jamuan dan tempahan makanan
  • Menentukan gaya serta tema majlis persandingan
  • Mengaturkan bajet
  • Memilih perancang majlis perkahwinan yang terbaik dan mengikut kemampuan anda
  • Mengumpul nama tetamu
  • Memilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis
  • Memilih cincin pernikahan
  • Memilih kek pengantin
  • Memesan cenderahati untuk tetamu

5 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Menyelesaikan semua urusan persandingan(membayar deposit, pergi memilih dan mencuba kelengkapan pakaian).
  • Memilih dan menentukan semua kelengkapan perkahwinan (kad undangan, kek perkahwinan, bunga tangan, jurugambar, jurusolek dan lain-lain)
  • Menghubungi kadi dan pejabat agama Islam
  • Menghubungi saksi pernikahan
  • Membuat rawatan ke spa

2 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Menyenaraikan nama tetamu
  • Membuat perancangan majlis bersama pengacara majlis
  • Merencanakan bulan madu
  • Mengaturkan tempat tinggal saudara yang datang dari jauh
  • Memastikan rawatan spa secara intensif
  • Memastikan bunga telur dan cenderahati yang telah ditempah siap
  • Memastikan ukuran baju anda sesuai dengan bentuk tubuh anda dan pasangan

SEBULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Mula mengirim kad undangan untuk saudara jauh
  • Memastikan cincin anda dalam ukuran yang betul
  • Berbincang dengan jurufoto konsep gambar yang anda inginkan
  • Menempah penginapan untuk percutian bulan madu
  • Memastikan semua keperluan majlis perkahwinan, persandingan dan resepsi lengkap
  • Memilih muzik atau lagu ketika majlis perkahwinan berlangsung
ehemmm...dah kena start dari sekarang ni...fuhhhh~