Cane ari anda? Baikkah? Sihatkah? nad plak almost 95% recovered from batuk. Lagi 5% kadang-kadang ada jgk terasa gatai tekak, n kembali batuk2 manja gitu. Tp alhamdulilah, setelah hampir 3 minggu bertarung nafas dan m'habiskan 3 botol ubat, idup nad kini kembali sihat seperti sedia kala. Syukur Alhamdulillah~
Di sini, nad dengan sukerala hati nak buat ape nak menyaound (present tense utk 'sound') la kpd pemandu-pemandu di Malaysia ni, xkira la laki ke pompuan, xkira bangsa, agama o warna kulit biru, hitam, putih ker, xkira umur, pangkat dan darjat, xkira bwk keta besar, kecik, separa kecik ker...okayy next!
Wahai pemandu-pemandu yang dihormati...tolonglah...
![]() |
|
- jika anda drive pada waktu malam, tolonglah jangan nyalakan lampu 'high beam' jika ada kenderaan lain yang melalui jalan yang sama. ini akan menyebabkan pemandu lain silau lalu menganggu penglihatan mereka. tolong la prihatin bab ni. sebab nad slalu m'alami situasi cmni. (sgt sakit hati bila alami situasi cmni sbb keadaan mata yg rabun, n power silau yg agk tinggi)
![]() |
silau kot mata klu tgk cahaya yg cmni.huh! sumber pic: Google |
- bila kat highway tolong la jgn cucuk-cucuk angin kt blakang kereta lain ye. slalunya yg kerap jadi mangsa adalah pemandu wanita. bila nmpak je si driver nya seorg wanita, mula la nak cucuk-cucuk angin (klu bleh nak cium trus bontot keta depan).konon-kononnya nak tunjuk hebat or x sbor2 nak memotong. in case ada emergency break ke apa, xker x sempat nak ngelak. xpasal2 berlakunya excident. ishh..nauzubillah!
![]() |
kalau ko mmg nak race pon, pegi ler kt litar sepang tu! haihh..mengeluh lagi :( sumber pic : Google |
- bila paking kt mne2 carpark tu, tolong la jgn amek space smpai 2 kotak paking. prihatin la sikit kt pemandu lain yg nak paking jgk. mse amek lesen dulu pon dah diajar kan cane nak paking, n dlm silibus pun xde lak suh paking smpai 2 kotak kan. ingat! org yg tamak slalu rugi. so sendiri mahu engat lah kan...
![]() |
kalau masing-masing paking ikot kotak, kan cantik susunannya :)) sumber pic : Google |
- bile dah elok paking lak, ingatkan kt diri sendiri/ahli kelurga anda/penumpang anda, bila nak bukak pintu tu tlg la berhati-hati. jgn bukak pintu smpai kena pintu kereta sebelah. trus calar keta sebelah. x ker bengang empunya kereta tu. punye la dijaga-jaga, disayang-sayang x bg calar, tup2 org lain yang calarkan. mmg nak berapi jer la rasenya kan. maklumler, kotak paking kt M'sia ni almost sumenya rapat-rapat belaka. so berhati-hatilah time nak bukak pintu tu yer..
- kalau dalam traffic jam, bertimbang rase la sikit. semua orang pun bengang kalau jem. so bila ada yang da bg signal utk nak ubah haluan tu, driver lain bg ler can. jgn la ego sgt. org tu dah 10min bg signal pon, msing2 xnak bg laluan jgk ke. hrmmm.. kalau masing2 b'timbang rasa n ada sikit sabar dlm diri masing2 mungkin kita boleh elak dari kecelakaan. so peace yaww!
- tolong prihatin jgk pada kenderaan yg b'cc kecik ni. maklum la, bila kereta cc nya kecik, power pun kurang la klu nak compare'n dgn BMW, Merz, Camry, Honda,Cefiro dll yg da sah2 cc 2.0-3.0 bagaiiii...mmg x t'kejar la kan. so bile nmpak si cc kecik ni t'kedek-kedek potong kenderaan lain, si cc besar ni tolongla jgn nak b'highbeam2 sume. Kitorang pun tau ko nak lalu. tp sabor ler sikit! (salah seorg pengguna kenderaan cc kecik:'-)
Setakat ni dulu lah nad m'komplen/ bg pendapat/ m'bebel/etc. Mungkin buruk di mata nad tapi baik di mata org lain. tapi masing-masing punya pendapat masing-masing. Mungkin nad pon pernah jugak menimbulkan perasaan marah terhadap pemandu lain tanpa pengetahuan nad kan. cume yang penting, perasaan bertimbang rasa tu perlu ada n jgn biarkan perasaan ego menguasai diri dikala anda memandu. yang pasti, kita guna jalanraya yang sama. so sharing kan caring..n caring itu loving. So, selamat menjadi pemandu yang LOVING :-P
Wassalam...
No comments:
Post a Comment