Followers

Pages

Tuesday, October 29, 2013

I Love Breastfeeding

Assalammualaikum...

Lagi beberapa hari baby Marissa dah nak 3 bulan. Rasa kejap je. Sepanjang dah nak 3 bulan ni jgk, Alhamdulillah Marissa masih dimurahkan rezekinya untuk merasai nikmat susu ibu tanpa campur susu formula. Since pregnant lagi, nad dah tanam azam untuk breastfeed baby secara ekslusif untuk 6 bln pertama ni. Nad target nak breastfeed Marissa sampai umur dia 2 tahun. Selalu berdoa semoga Allah murahkan rezeki Marissa dan permudahkan perjalanan nad untuk menyusukan dia. Semoga dimakbulkan.

Memang diri rasa best sangat bila dapat breastfeedkan anak sendiri. Sebelum ni dengar ibu-ibu cakap bangga bila anak minum susu badan, sekarang Nad baru faham apa yang ibu-ibu ni rasa. Memang rasa sangat awesome, lagi-lagi bila dapat tengok hasilnya. Hasilnya adalah baby Marissa menjadi bambam dan tembam. haha. Bila post pic dia kat FB mesti ada yang komen, Marissa bambam. Ada jugak tu yang cakap baby dah sama berat dengan ibu. huhu. sungguh kejam sapa yang komen begitu T_T. Alhamdulillah, berkat susu ibu la tu kot, selain ikut baka dari ayahnya. mungkin! rupa pun dah memang sebiji ayah kan. Ramai yang cakap Marissa ikut rupa ayah. takpelah, orang-orang tua cakap kalau anak perempuan ikut rupa ayah sejuk. Semoga benarlah apa yang dikata :)

Kite minum susu ibu la sampai pipi kite labuh camni..hehe
Since Nad menyusukan Marissa, macam-macam yang Nad amalkan untuk tambah susu badan. Antaranya adalah dengan mengamalkan minum air Halba dan set penyusuan SHAKLEE. 

Sebelum ni Nad tak amik peduli pun dengan halba ni. Bila dapat tahu halba ni boleh tambah susu badan, terus Nad cari kat kedai runcit. Sampai rumah Nad rebus halba tu sampai airnya jadi macam air teh. Boleh terus minum air halba tu. Rasa dia pun okey jer, macam air akar kayu tu. Tapi kalau nak tambah madu pun boleh, tapi Nad minum gitu je. Kajian menunjukkan halba adalah pemangkin pengeluaran susu ibu dan kalau diminum dapat meningkatkan pengeluaran susu sehingga 900%. Selain itu, halba ada galactagogue iaitu sebagai agen pengeluaran susu. Tu yang Nad excited sangat nak try sampai lupa nak tangkap gmbar. Dan hasilnya amat membanggakan. Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan dan khasiat halba ni. Boleh google dgn sukarela untuk ketahui lebih banyak lagi tentang khasiatnya.

Hasil perahan di ofis untuk sesi pertama
Alhamdulillah.. Semoga Allah murahkan rezeki Marissa untuk minum susu ibu sampai umur 2 tahun. Aminnnn....
setiap hari prepare bekalan Marissa ke nursery cmni. Sehari bawak 5 botol susu. each berisi 3-4 oz sbb Marissa sekali minum 2-3oz je. tapi selalunya bila balik rumah akan ada balance lagi sebotol yang belum diminum.
 Dah siap di tag. Icepack wajib ada untuk menjaga kualiti susu supaya tak cepat rosak.
Ready to nursery!!
Susu ibu yang dipam harus dijaga dan nak simpan pun ada caranya yang betul. So kena betul-betul disiplin dan extra rajin + istiqamah dalam penyusuan badan ni. Inspire Nad dalam bidang breastfeeding ni adalah akak ipar Nad sendiri iaitu mamajong. Dia banyak bagi semangat dan turunkan ilmu penyusuan ni kat Nad. Kat blog dia sendiri pun banyak syer story pasal breastfeeding ni. Untuk makluman, dia adalah salah seorang ibu yang berjaya susukan anak smpai umur 2 thn setengah. Alhamdulillah. Harap nad pun boleh macam dia dan susu nad bertambah meriah. Aminnn Ya Robb.




No comments:

Post a Comment