Followers

Pages

Wednesday, January 11, 2012

Puding Caramel

Assalammualaikum wbt...

Last weekend baru2 ni nad berkesempatan mencuba resipi baru, Puding Caramel. Seumur hidup nad x pernah wat puding, x kira puding senang atau pun susah. So ptg Ahad ritu nad cuba mengasah bakat di dapur dengan bantuan resipi dari Kak Ray dan khidmat nasihat Kak Mini.

ehemm...
Boleh la amek pen n kertas then tuleh resipi ni. x pon ko klik jer print, trus kuar. Terus masak...hehe

Bahan-bahan

Caramel 
150gram gula caster
Air (nad agak2 je nak letak banyak mana,janji relevan la dgn kuantiti gula tu)

Puding
500ml susu cair/susu kotak (xkisah jenis low fat ke, full cream ke..janji ko xguna susu pekat sdh)
4 biji telur
2 biji kuning telur saje (yg putih tu leh simpan, goreng..mkn dgn nasi)
100 gram gula caster
1-2 sudu esen vanila

Cara masakan

Caramel
Masak air dengan gula atas api yg sedang-sedang ( xberapa kecik n x brapa besar). Sentiasa kacau sehingga gula larut. Kena jaga takut gula tu hangus pulak. Kacau je smpai air gula tu b'tukar jadi kaler brown/gold. pastu leh tutup api dah...then biarkan sejuk dulu pada suhu bilik, dah agak2 sejuk leh msuk'n dalam peti ais. Baru le syokk di makan.

Puding
Susu, telur, gula dan esen vanila dicampurkan sekali then kacau hingga sebati. Make sure pukul smpai teksturnya mencapai tahap halus, bru la puding itu kelihatan cantik, menarik kow mmg debom. xdela nt jadi mcm permukaan bulan tuh. upsss! Bila semua bahan dah sebati, boleh la msuk ke dalam bekas, lalu dikukus. Nad kukus je puding ni coz ni jer alternatif yg ada. Ikutkan klu nak msk dlm microwave pon boleh (kot.memandai jer nad nih!huhu). okeyh, bila dah terletak dalam pengukus tu, leh la biar masak selama 30-45 min.

And finally,

Sedia untuk dimakan...

tadaaaa...ni pudingnya..caramel masih dalam peti ais dan bila dah sejuk, x sempat nak amek gmbor . trus makan x hengat..hehe .oh ya! sila hiraukan pisau 'pembunuh' di sebelah. sgt mengerikan okeh! mcm nak potong ape jer caranya..padahal nak potong puding jer pun...alternatif lain, sila potong m'gunakan pisau plastik sbb puding tidak akan menjadi sekeras lemang ye :)

timbul kuning telur di permukaan puding disebabkan nad tak pukul bahan-bahan sampai sebati la tu. maklum ler, xsabar nak tgk hasilnya. ini la yg t'jadi. pape pun, rasenya tetap SUPERRBBBB!!! (boleh thn la, based on pujian akak opis n housemateku).hehehe

Ralat :
  • Sebenarnya nad tak guna gula caster, nad pki gula icing (sbbnya market dekat umh xde jual gula caster) so nad x dpt warna brown pada caramel tu. de jadi warna putih pekat jer (sbb gula icing dicampur dgn tpung jgung). tp bila dah rasa, ok jer...cume xnaik seri jela...
  • Tekstur puding buatan tangan nad ni pon teksturnya agak kasar sikit. Bak kata Kak Mini mb sbb nad x pukul smpai betul2 sebati. maklum ler, nad pukul pakai garfu jer, cane de nak sebati kan. len la klu guna mesin buat kek tu haa...
Pape pon, ni la 1st baby puding caramel air tangan nad. plannya weekend ni nak wat lg, tp nak bg famili n incik tunang plak rase.hehe. tp kali ni nak wat betul2.. smpai caramel dapat color brown.

Selamat mencuba =D

Salam...


No comments:

Post a Comment