Followers

Pages

Monday, January 30, 2012

entry layan diri...

Assalammualaikum wbt...

Lame tak update. kali ni nad xnak bagi alasan nape x update, sbb xde sape sgt pun yg bace blog nad ni.kihkihkih. yg pasti, tujuan nad tulis ni pon (taip sebenarnya) adalah utk bacaan peribadi di hari tua aka future nt. when times goes around, kite bce balik entry2 lame rase mcm best jer.

Perasaan nad sekarang dan tika ini adalah sangat2 excited, lega, a bit nervous, etc, etc..ssh la nak gambarkan apa yg nad rasa skrg ni. yg pasti, apa yang belum dikenalpasti sebelum ni sudah pon dikenalkan. apakah? mmg niat nak peningkan kpala si pembaca. pendek kata, skrg ni nad dah tahu tarikh keramat yang bakal merubah hidup nad selamanya, iaitu tarikh pernikahan nad. urm...hasil perbincangan kedua2 mempelai (it refers to me n my fiyoncee la) n persetujuan org tua kami, kami sepakat utk memilih 31st August 2012 as our solemnization day:). so kpd yg berkenaan, please save ur date! highlight sikit dgn kaler pink kt calender korg tu yer:p

tau x cane perasaan nad skrg? tingal lg 7bln 1ari lg before im become someone wife. kdg terasa mcm diri ni not matured enough, tp bile di campur tolak darab bahagi tang umoq tu, mmg da sesuai kawen dah. urmmm...believe with myself! i can do it! nad boleh hadapi hari yang mendatang dgn tenang; bagi mengecapi kehidupan yang bahagia. yayy! yg pasti n yakin, nad nak bina keluarga dgn mr fiancĂ©e, nak metraikan percintaan kami dgn ikatan perkahwinan. urm..layankan jela..tajuk pon entri layan diri...

xtau la nape dgn mood rini, mcm b'angin2 sepoi bahasa.tp bukan nak marah org pon, jus mcm nak melayan jiweng karat pada si dia.. urm..sabaq2. still in counting days..owh!! no wonder la dlm counting days, da ujung bln rupenya. (ok, lupakan pada statement yg memeningkan pale ini).

jumpa di entry lain time mood nad dah x swing2 cam rini lg kay!

pssstt...tp pasal solemnization date nad dgn en tunang tu betul2 punya kejadian. bukan mood swing-swing around okay!

daa...thanx coz sudi mlayan...mmuahhh~

Wednesday, January 11, 2012

Puding Caramel

Assalammualaikum wbt...

Last weekend baru2 ni nad berkesempatan mencuba resipi baru, Puding Caramel. Seumur hidup nad x pernah wat puding, x kira puding senang atau pun susah. So ptg Ahad ritu nad cuba mengasah bakat di dapur dengan bantuan resipi dari Kak Ray dan khidmat nasihat Kak Mini.

ehemm...
Boleh la amek pen n kertas then tuleh resipi ni. x pon ko klik jer print, trus kuar. Terus masak...hehe

Bahan-bahan

Caramel 
150gram gula caster
Air (nad agak2 je nak letak banyak mana,janji relevan la dgn kuantiti gula tu)

Puding
500ml susu cair/susu kotak (xkisah jenis low fat ke, full cream ke..janji ko xguna susu pekat sdh)
4 biji telur
2 biji kuning telur saje (yg putih tu leh simpan, goreng..mkn dgn nasi)
100 gram gula caster
1-2 sudu esen vanila

Cara masakan

Caramel
Masak air dengan gula atas api yg sedang-sedang ( xberapa kecik n x brapa besar). Sentiasa kacau sehingga gula larut. Kena jaga takut gula tu hangus pulak. Kacau je smpai air gula tu b'tukar jadi kaler brown/gold. pastu leh tutup api dah...then biarkan sejuk dulu pada suhu bilik, dah agak2 sejuk leh msuk'n dalam peti ais. Baru le syokk di makan.

Puding
Susu, telur, gula dan esen vanila dicampurkan sekali then kacau hingga sebati. Make sure pukul smpai teksturnya mencapai tahap halus, bru la puding itu kelihatan cantik, menarik kow mmg debom. xdela nt jadi mcm permukaan bulan tuh. upsss! Bila semua bahan dah sebati, boleh la msuk ke dalam bekas, lalu dikukus. Nad kukus je puding ni coz ni jer alternatif yg ada. Ikutkan klu nak msk dlm microwave pon boleh (kot.memandai jer nad nih!huhu). okeyh, bila dah terletak dalam pengukus tu, leh la biar masak selama 30-45 min.

And finally,

Sedia untuk dimakan...

tadaaaa...ni pudingnya..caramel masih dalam peti ais dan bila dah sejuk, x sempat nak amek gmbor . trus makan x hengat..hehe .oh ya! sila hiraukan pisau 'pembunuh' di sebelah. sgt mengerikan okeh! mcm nak potong ape jer caranya..padahal nak potong puding jer pun...alternatif lain, sila potong m'gunakan pisau plastik sbb puding tidak akan menjadi sekeras lemang ye :)

timbul kuning telur di permukaan puding disebabkan nad tak pukul bahan-bahan sampai sebati la tu. maklum ler, xsabar nak tgk hasilnya. ini la yg t'jadi. pape pun, rasenya tetap SUPERRBBBB!!! (boleh thn la, based on pujian akak opis n housemateku).hehehe

Ralat :
  • Sebenarnya nad tak guna gula caster, nad pki gula icing (sbbnya market dekat umh xde jual gula caster) so nad x dpt warna brown pada caramel tu. de jadi warna putih pekat jer (sbb gula icing dicampur dgn tpung jgung). tp bila dah rasa, ok jer...cume xnaik seri jela...
  • Tekstur puding buatan tangan nad ni pon teksturnya agak kasar sikit. Bak kata Kak Mini mb sbb nad x pukul smpai betul2 sebati. maklum ler, nad pukul pakai garfu jer, cane de nak sebati kan. len la klu guna mesin buat kek tu haa...
Pape pon, ni la 1st baby puding caramel air tangan nad. plannya weekend ni nak wat lg, tp nak bg famili n incik tunang plak rase.hehe. tp kali ni nak wat betul2.. smpai caramel dapat color brown.

Selamat mencuba =D

Salam...


Go Away Bad Habits!!

Assalammualaikum wbt...

Tak tahu bila dan bagaimana nad berkecimpung dengan aktiviti-aktiviti yang pada korang agak peliks/m'jelikkan/m'gelikan etc..etc..Tapi pada nad,bile aktiviti-aktiviti ni nad selalu amalkan, ia sudah m'jadi habit pada diri sendiri tetapi jadi taboo utk org2 sekeliling nad spt housemate,famili dan incik tunang. Terus terang cakap nad dah byk kali cube try test (da cube test lak kan) tgk betapa la nad nak buang tabiat buruks (kot) ini, tp ntah mengapa la iman tu x brapa nak teguh di dada. Nak tahu ape habit nad yang agak peliks itu...ok, teruskan membaca.

1. Suka geget beras mentah 



  • Perghhh...ni memang xleh tolak bile tiba turn nad masak nasi xkira sama ada di kampung atau pon di rumah sewa. tp kalau di rumh org spt umh bakal mentua n akak ipar, leh lak nad control x cuit beras tu msuk dlm mulut. hahaha. sedap siut beras mentah tu. nad pun xsure dpt habit ni dr sape. tp before nad mkn beras tu, make sure beras tu dibasuh bersih dulu la. krukk krekk krukk krekkk bunyik dlm mulut. rangup kot!!
  • Fakta : mama nad dah byk kali tegur habit nad yg 1 ni. tp stopnya hanya sebentar cume. bila tiba turn msk nasi lagi, nad mkn beras lg. sebenarnya nad pun risau gek, kot2 la bg efek kt ksihatan nad in future, tp so far Alhamdulillah kesihatan nad baik. penah jgk gugel2 pro n cons mkn beras nih. Ada yg sahih ada yang tak. mcm2 mitos ada.hrmm..ntah ler..hanya masa kot penentu segalanya utk nad benti dr habit ni..huhu
2. Suke bau minyak petrol 



  • Bab ni mmg nad suker giler xleh bla... bila isi minyak keta rase mcm nak sapu muka dgn minyak tu jer. bau de tu, sedap menusuk qolbu. cane nak bagi benti habit ni lak ea?? mb nxt time nad kena pki mask time isi minyak kot. kuikuikui~
3. Bau dalam lift pun nad suka 

  • Habit ni dikesan sekitar tahun 2010 dimana time tu nad bekerja di salah sebuah syarikat yg x berapa terkemuka di ibu kota. opis nad dulu tu kt level 9, so bile msuk lift de, nad suka tarik nafas dalam2 smpai menampak'n tulang rusuk (opsss:-x) lalu mengembangkan hidung utk menikmati betapa nikmatnya bau dlm lift tersebut. hahahah! kini, habit itu terus melekat dan ofis nad skrg pun brada di lvl 28, so mmg dpt menikmati baunya dgn tempoh masa yg agk lama la... Peringatan!! Pastikan anda keseorangan dlm lift tersebut tnpa sesiapa, bru anda dpt menikmati bau yg btul2 pure (karang xpasal2 korang t'bau gas CO lak kan)
4. Suka bau karpet a.k.a permaidani tu 

  • Tempat shopping yg nad pling suka adalah kat Nilai 3. sebabnya kt situ byk jual karpet. klu pegi sane, lalu je depan kedai karpet nad akan b'tindak spt berada dlm lift td (leh scroll ke ats klu korang da lupa apa yg korang baca td). tp siyes ckp, idung nad xleh trima bau si penjual karpet tersebut. bgai lngit dgn bumi kot bezanya bau antara 2 makhluk ini (karpet vs penjual karpet):-p
5. Suka geget-geget ais jgk

  • Yang ni leh tanya kat mmber se'lunch' nad iaitu cik kiah dan juge cik yun. stiap kali order air, msti mintak air sirap bandung/soda gumbira (indo version) with AIS okeh! pastu bile airnya da abeh, nad wajib menggigit-gigit ais yg ada. habit ni nad hanya akn stop bila nad mengalami sindrom batuk/ sakit tekak/demam atau yg seangkatan dengannya lah. tp bila nikmat kesihatan diberi semula, nad mula menggigit dan menghisap ais tersebut.
Pesanan khidmat masyarakat:-
  1. Please don't do this at home!!
  2. Kewarasan akal yang baik diperlukan dalam membuat sesuatu penilaian.
  3. Sebarang kemalangan/ kecelakaan/ kerugian terhdap diri sendiri adalah tanggungjawab masing-masing.
  4. Please give your comment before you leave this page. lebih-lebih lagi klu ada petua yg dpt m'berhentikan bad habit nad ini. huhu :p
Adioss amigoss...

Salam...